KAYUH BASIKAL SEJAUH 24,000 KM AKHIRNYA ANAK KAMPUNG INI JADI ORANG BERJAYA
AZZAD MUZAHET
Zaman sekarang bila cakap pasal kayuh basikal beribu kilometer, pasti yang terlintas di fikiran adalah individu yang berbasikal mengelilingi dunia bagi mencipta rekod atau menjelajah sebuah destinasi tertentu atas dasar minat dan hobi. Tapi lain pula keadaannya pada zaman bapak-bapak kita pada era 50-an dan 60-an, berbasikal bukanlah suatu hobi tetapi merupakan suatu keperluan dan menjadi kenderaan utama yang diguna pakai pada zaman itu. Basikal menjadi keperluan bagi para pekerja yang berulang alik ke tempat kerja dan bagi budak sekolah untuk berulang-alik ke sekolah demi menuntut ilmu.
Bagi generasi muda sekarang, kalau dengar cerita pasal budak sekolah dulu terpaksa kayuh basikal jauh sampai beribu km untuk ulang-alik ke sekolah, pasti menganggap kisah itu tidak masuk akal. Ini kerana, kemudahan persekolahan serta kemudahan pengangkutan awam sekarang sangat baik, ditambah pula rata-rata golongan ibu bapa berkemampuan untuk memastikan anak mereka maju dalam pelajaran. Pendek kata, zaman sekarang ni, kalau nak belajar sehingga mencapai kelulusan tinggi, memang tak ada masalah. Cuma tinggal nak ke tak nak je.
Tapi tahukah kita, peluang dan kemudahan seperti itu tidak wujud bagi mereka yang lahir sebelum Merdeka dan mula bersekolah pada tahun 50-an dan 60-an? Mungkin tak pernah tergambar dalam fikiran kita bagaimana kesempitan hidup dan pengorbanan yang terpaksa mereka lalui kerana ingin bersekolah dan ingin berjaya.
Rencana ini merakam cebisan kisah budak kampung yang lahir sebelum Merdeka dan pengalaman beliau bersekolah semasa kecil. Kisah-kisah dalam cerita ini ditulis dalam bentuk ‘sembang-santai’ bersama personaliti tersebut. Bagi memudahkan pembacaan, ceritanya telah disusun mengikut Episod 1 hingga Episod 9.
Sila CLICK/TOUCH Episod yang anda suka nak baca, seperti berikut: