Episod 1
Fungsi KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 yang berfungsi untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri dan melindungi pengguna. Pada 11 Jun 2009, ia ditukar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan masih melaksanakan fungsi yang sama.
Peranan tersebut dilaksanakan melalui bidang kuasa antaranya (i) Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu, (ii) perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia, (iii) hal ehwal perlindungan pengguna, (iv) pelesenan urusniaga jualan langsung, (v) membanteras penyelewengan perdagangan dalam negeri, dan (vi) penggubalan dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.
KPDNHEP beribu pejabat di Putrajaya dan mempunyai cawangan di setiap negeri. Antara bahagian-bahagian dalam kementerian ini ialah:
1. Perdagangan Dalam Negeri,
2. Penguatkuasa
3. Pembangunan Perniagaan
4.Hal Ehwal Pengguna
5. Khidmat Pengurusan dan Kewangan
6. Dasar dan Perancangan, dan
7. Tribunal Tuntutan Pengguna.
1. Perdagangan Dalam Negeri,
2. Penguatkuasa
3. Pembangunan Perniagaan
4.Hal Ehwal Pengguna
5. Khidmat Pengurusan dan Kewangan
6. Dasar dan Perancangan, dan
7. Tribunal Tuntutan Pengguna.
Bidang tugas di PDN
Sebagai Pengarah Kanan, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (PDN), tugas penulis adalah memberi fokus kepada pembangunan perdagangan dalam negeri. Antara sektor-sektor yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Pelesenan dan pembangunan industri petroleum di peringkat hiliran
2. Pelesenan dan pembangunan perdagangan pengedaran
3. Pelesenan dan pembangunan industri jualan langsung
4. Kestabilan harga dan bekalan barang-barang perlu.
PDN adalah antara bahagian yang terbesar dan peranannya melibatkan kerjasama erat antara bahagian-bahagian lain di KPDNHEP.
| Laman Utama | Episod Seterusnya |