April 19, 2017

SEJENAK DI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN


SEJENAK DI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN
DR MUZAHET MASRURI

Artikel ini mencoret secebis pengalaman ketika penulis bertugas sebagai Ketua Setiausaha (KSU) di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Coretannya hanya secebis kerana tempoh berkhidmat di kementerian ini tidak lama, hanya lebih kurang setahun. Dalam tempoh sesingkat itu, penulis tidak berhasrat untuk menyentuh fungsi dan peranan kementerian yang merangkumi 11 jabatan di bawahnya serta mempunyai peranan dan fungsi yang berlainan.

Sebaliknya, coretan ini ingin berkongsi pengalaman bagaimana meransang semangat staf supaya minat kepada kerja, seronok berkeja, komited, sentiasa meningkatkan kualiti kerja dan menghasilkan kerja yang baik bagi mencapai matlamat dan arah tuju kementerian. Bagi maksud ini, sifat dan ciri-ciri kepimpinan boss memain peranan yang penting.

Episod ceritanya dibahagi seperti berikut:

Episod 1: Dilantik Jadi KSU
Episod 2: Apa Amanat KSU?
Episod 3: Kenapa Boss Suka Marah dan Tunjuk Garang?
Episod 4: Turun Padang
Episod 5: Sampai Jumpa Lagi!