Episod 6
POLITIK DALAM PEJABAT
DR MUZAHET MASRURI
DR MUZAHET MASRURI
Memang menjadi kebiasaan dalam mana-mana organisasi untuk memilih calon yang paling layak bagi mengisi kekosongan sesuatu jawatan melalui pelbagai saringan dan temuduga. Dia masih ingat kata-kata rakannya, Samsuri Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (yang kini telah bergelar Dato’ Sam) dan pernah bertugas dengan Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Holdings Bhd. ketika menemuainya di ‘coffee house’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 3 tahun lalu. “I bila dia sebut calon yang berkebolehan, orang lain I tak nampak dah! Kecuali you!” kata Dato' Sam.
Kelebihan yang ada pada seseorang pegawai itu adalah penting bagi membantu meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Bagaimanapun, ia tidak semestinya diterima baik oleh segelintir pihak kerana kehadirannya mungkin menimbulkan rasa cemburu atau menggugat. Sebab itulah, kadang kala timbul politik dalam pejabat, lobi-melobi, adu-mengadu, langkah-melangkah dan cantas-mencantas.
Lumrahnya, perkara ini berlaku di mana-mana. Tetapi berasaskan pengalamannya, dia mendapati ia lebih kerap berlaku bagi penjawat jawatan tertinggi di sesetengah syarikat swasta yang biasanya berasaskan lantikan secara kontrak (contract of service) di mana turun pangkat dan penamatan kontrak boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan ini sangat membimbangkan sesetengah pihak. Sebab itulah ada mereka lebih takut dan lebih menjaga boss daripada menjaga tugas, kerja dan tanggung jawabnya yang sebenar.
Dia pernah terdengar desas-desus. “Kerja bagus tidak penting. Yang lebih penting ialah ‘impress’ boss supaya dia nampak kita kerja bagus!”. Bilangan mereka mungkin tidak ramai, setakat satu atau dua orang tetapi kehadiran mereka dalam sesebuah organisasi umpama nyamuk aedes di dalam bilik tidur yang akan mengganggu tidur penghuninya hingga ke lewat pagi.
Suatu hari dia menerima panggilan telefon di pejabatnya. “Assalamualaikum Datuk! Azmal ni! Apa kabar?” kata Datuk Azmal, bekas Timbalan Ketua Setiausahanya, ketika mereka sama-sama bertugas di Kementerian, dan sekarang ini beliau adalah salah seorang Pengarah Kanan di EPU. “Macam biasalah Datuk!” jawabnya.
Pejabat EPU, Blok B, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya |
“Lepas itu, I tanya lagi, kenapa you tak suruh Datuk Dr. Muzahet? Dia dulu kan pernah jadi TKP EPU? Semua orang EPU kenal dia!” kata Datuk Azmal lagi. “Habis tu? Apa dia orang kata?” dia bertanya. “Dia orang tunjuk muka selenga. Lepas itu dia orang cakap, "Tolong jangan beri tahu Datuk Muzahet’ yang kami datang EPU", jelas Datuk Azmal. “I pun tak faham apa dah jadi dengan orang di syarikat you. Sebab tu I ‘call’ you,” kata Datuk Azmal lagi.
Bangunan EPU, Blok B6, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya |
“Aku tak pernah berniat untuk mencari kepentingan di syarikat ini. Niat aku hanya untuk membantu syarikat, sebagaimana tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan kepada aku, sebelum aku menamatkan kontrak perkhidmatan aku di syarikat ini,” bisiknya lagi.
| Laman Utama | Episod Seterusnya |