Episod 7
BERSARA DI PUNCAK NIAGA
DR MUZAHET MASRURI
DR MUZAHET MASRURI
Tempoh perkhidmatannya akan tamat minggu hadapan. Pada pagi itu, dia menemui Boss di pejabatnya untuk mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan memberi peluang dia bertugas selama 4 tahun di syarikat ini.
“Umur engko berapa?” tanya Boss sambil berdiri daripada tempat duduk dan berjalan ke arahnya. “61 Boss,” jawabnya. “Eh, muda lagi..! Engko tulis surat minta sambung!” kata Boss mendekatinya dan menumbuk-numbuk perutnya dengan perlahan, bergurau. Dia tidak menjawab. Dia hanya memberi senyuman.
Ketika pulang ke pejabat, dia memanggil beberapa orang pegawainya, Raja Rozailah, Rosmawati dan Evy Tan. “Saya jumpa Boss tadi. Dia minta saya tulis surat untuk sambung kontrak,” katanya, sambil memandang ketiga-tiga mereka. Dia dapat melihat wajah-wajah gembira pegawai-pegawai di hadapannya.
“Umur engko berapa?” tanya Boss sambil berdiri daripada tempat duduk dan berjalan ke arahnya. “61 Boss,” jawabnya. “Eh, muda lagi..! Engko tulis surat minta sambung!” kata Boss mendekatinya dan menumbuk-numbuk perutnya dengan perlahan, bergurau. Dia tidak menjawab. Dia hanya memberi senyuman.
Menyampaikan sumbangan PNSB kepada Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya, diperhatikan YB
Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan, 5 Februari
2013
|
“Datuk! Lega rasa hati saya,” kata Raja Rozailah. “Memanglah! Kalau orang bagus, mesti Boss suka punya!” kata Rosmawati, yang menampakkan wajah gembira. “Siapa kata saya bagus? You kata bagus. Tapi orang lain kata saya tak bagus!” jawabnya dengan tersenyum. “Eh Datuk! Mana pulak macam itu..! Ramai pegawai di bahagian lain jumpa saya. Dia orang kata, ‘I wish I have an opportunity to work under Datuk Dr. Muzahet’. Mereka ‘respect’ cara kepimpinan Datuk!” kata Raja Rozailah lagi.
Rosmawati, Raja Rozailah & Evy Tan |
Dia berfikir cara bagaimana untuk menjelaskan hasratnya kepada pegawai-pegawai di hadapannya yang sangat mengharapkan supaya dia terus berkhidmat di syarikat ini. Dia memegang sebatang pen yang lama dipusingnya ke kiri dan ke kanan sejak tadi. Dia benar-benar tidak sampai hati untuk memberitahu keputusannya.
Dia memandang ketiga-tiga wajah pegawai di hadapannya dan akhirnya dia mengucapkan sesuatu. “Tetapi ...! Saya telah ambil keputusan. Saya tidak akan menulis surat untuk sambung kontrak kerja,” katanya perlahan.
Perkataan-perkataanya, walaupun diucapkan dengan perlahan tetapi ia benar-benar mengejutkan pegawai-pegawai di hadapannya. “Datuk! Maksud Datuk, Datuk tidak akan sambung perkhidmatan Datuk di syarikat ini lagi?” tanya Rosmawati yang hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Ya,” jawabnya, pendek.
Keadaan lengang seketika. Masing-masing berfikir dengan cara masing-masing. Sementara itu, dia melihat Noraishah, seorang lagi pegawainya yang rajin dan tekun bekerja, masuk ke dalam pejabatnya untuk urusan sesuatu. Tetapi, melihat keadaan dalam pejabat bossnya yang tidak seperti biasa, dia berpatah balik ke tempatnya.
Di sebelah kiri tempat duduk di hadapannya, dia melihat Raja Rozailah memandang ke arahnya dengan perasaan sebak. “Datuk! I am very sad. Saya tidak menyangka Datuk sanggup tinggalkan kami. We still need your help and guidance. I really hope that you will change your decision and to continue to work with us,” katanya, dengan menahan sebak, lalu menundukan muka ke bawah. Dia memerhatikan, beberapa titisan air mata Raja Rozailah jatuh ke atas cermin di atas meja dihadapannya.
Dia teringat beberapa tahun lalu, dia yang memperakukan supaya Raja Rozailah dipilih sebagai calon yang paling layak daripada senarai calon-calon lain yang ditemuduga untuk mengisi kekosongan jawatan Pengurus di SRC. Antaranya adalah berasaskan latar belakang profesion yang bersesuain dan keintelektualan yang tinggi dalam memberi respons kepada soalan-soalan yang diajukan kepadanya.
Dia teringat beberapa tahun lalu, dia yang memperakukan supaya Raja Rozailah dipilih sebagai calon yang paling layak daripada senarai calon-calon lain yang ditemuduga untuk mengisi kekosongan jawatan Pengurus di SRC. Antaranya adalah berasaskan latar belakang profesion yang bersesuain dan keintelektualan yang tinggi dalam memberi respons kepada soalan-soalan yang diajukan kepadanya.
Dia dapat menyelami perasaan Raja Rozailah dan pegawai-pegawai di hadapannya. Dadanya mula merasa sebak dan sedih. Dia terkenang, peristiwa yang sama berlaku di saat akhir apabila dia mengumumkan persaraan awalnya di EPU. Dia diserbu oleh pegawai dan kakitangan EPU di pejabatnya dengan puluhan mata yang kemerahan dan sebahagiannya menitiskan air mata yang mahukan dia menarik balik keputusannya daripada bersara awal.
“Datuk kasihanlah kami. Kami tidak dapat bayangkan apa nasib kami selepas Datuk tak ada di sini,” desak Rosmawati. Evy Tan tidak bersuara, hanya tunduk memandang ke bawah. Dia mengangkat muka dan memandang ke arah pegawai-pegawai di hadapannya, lalu mengucapkan sesuatu. “Nantilah. Saya masih ada masa seminggu untuk memikirkannya. Tapi, kalaupun saya tidak ada, saya harap you all kekalkan prestasi kerja yang baik. Saya harap you all akan dapat boss yang lebih baik daripada saya!” katanya, memandang pegawai-pegawainya yang masing-masing menggelengkan kepala. “Tak mungkin Datuk!” jawab Rosmawati yang kemerahan matanya sejak tadi.
Dalam perjalanan pulang dari pejabat, dia termenung sambil memerhatikan Kamarudin, pemandunya dari tempat duduk belakang yang sentiasa berhemah ketika memandu untuk memastikan bossnya selamat dalam perjalanan, sejak 4 tahun yang lalu.
Dalam perjalanan pulang dari pejabat, dia termenung sambil memerhatikan Kamarudin, pemandunya dari tempat duduk belakang yang sentiasa berhemah ketika memandu untuk memastikan bossnya selamat dalam perjalanan, sejak 4 tahun yang lalu.
Seawal 7.00 pagi, Kamarudin bersedia untuk membawa Bossnya ke pejabat
Ketika termenung, dia teringat di suatu pagi 2 minggu lepas, ketika Kamarudin menjemputnya di rumah untuk ke pejabat. Dia meriba sebuah bekas berisi buah dukung dari bakul motorsikalnya. “Datin ini ada sikit buah. Saya balik Kelantan hari itu dan saya sendiri petik buah ini dari kebun saya di sempadan Siam,” kata Kamarudin, lalu memberikan bekas berisi buah dukung kepada isterinya yang ketika itu berada di sebelahnya. “Wah! Cantiknya buah dukung tu Din! Besar-besar pulak tu! Terima kasihlah,” kata isterinya. “Nanti bawa Datuk, pandu kereta baik-baik ya!” kata isterinya. “Baik Datin!” jawab Kamarudin.
Kamarudin terus memandu dengan berhemah dan setelah hampir sejam perjalanan di leburaya yang sesak selepas waktu pejabat, dia akhirnya sampai di rumah di Presint 16 Putrajaya. Ketika keluar daripada kereta pejabat, Lexus 270 warna hitam, dia berdiri memerhatikan Kamarudin menyarung jaket untuk memandu motorsikalnya pulang ke rumah. “Din esok macam biasa ya! Pukul 7.00 pagi,” katanya. “Baik Datuk,” kata Kamarudin.
Ketika masuk ke dalam rumah, dia terus duduk di kerusi menghadap sebuah piring berisi pisang tanduk goreng kegemarannya yang hampir sejuk di atas meja makan. Isteri yang duduk di sebelahnya bersuara. “Abang! Tadi ada pegawai pejabat Abang telefon. Dia minta Imah pujuk Abang supaya sambung kerja dengan Puncak Niaga,” katanya isterinya. Dia tidak menjawab. Dia terus membisu sambil mengunyah dan mengambil beberapa ketul lagi pisang tanduk goreng di atas piring.
“Abang dengar tak ni?” kata isterinya yang melihat dia terus mendiamkan diri. “Imah rasa Abang sambunglah kerja tu! Kesian pegawai-pegawai Abang di pejabat tu!” kata isterinya lagi. Dia terus diam, tidak menjawab. “Abang! Mana jawapannya?” tanya isterinya apabila melihat suaminya bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke ‘sattee’, menghadap TV.
Isteri terus memerhatikan suaminya yang hanya mendiamkan diri. “Aku faham benar personaliti suamiku. Walaupun tutur katanya lembut, berhemah dan menghormati orang lain, tetapi pendiriannya tegas dan menimbang sesuatu daripada berbagai segi sebelum membuat keputusan,” bisik hati isterinya. “Aku pernah alami keadaan ini semasa dia ambil keputusan bersara awal di EPU. Puas aku pujuk dan puas pegawai-pegawainya pujuk. Tapi, suami tetap suami!” bisik hati kecil isterinya lagi.
“Jadi! Abang tak mahu sambung kontraklah ya?” tanya isteri yang seolah-olah telah mengetahui jawapan suaminya. “Abang tak sayang ke jawatan Abang? Pangkat, kedudukan, kereta, ‘driver’, ‘holiday’!” kata isterinya.
Setelah lama mendiamkan diri, dia akhirnya menoleh ke arah isteri yang duduk di sisinya, dan mengucapkan sesuatu. “Abang fikir, 4 tahun sudah cukup untuk menyumbang apa yang Abang terdaya pada Puncak Niaga. Berilah peluang orang lain yang lebih memerlukan! Abang yakin rezeki di tangan Tuhan, selagi kita ada usaha dan ada kemahuan,” katanya, membuat kesimpulan dan menyatakan keputusannya.
Restoran Mak Enon dan Restoran Beriani Johor Pak Anjang di Seksyen 13 Shah Alam |
Ketika melangkah masuk ke pejabatnya, dia melihat ada sebuah fail yang terletak di tengah-tengah mejanya yang telah dikemas bersih. Dia mencapai dan membuka fail yang berisi surat sambil mengambil tempat duduk di kerusinya. Ketika meneliti surat itu, seorang pegawai masuk ke pejabatnya. “Good Morning Datuk!” kata pegawai itu. “Good Morning. How are you today?” jawabnya. “Not very okey,” jawab Evy Tan, seorang lagi pegawainya yang sangat rajin dan cekap bekerja, lalu duduk di kerusi di hadapannya.
Dia teringat, pegawai ini telah dinaikkan pangkat sebanyak dua kali atas perakuannya kepada pihak pengurusan, daripada jawatan ‘Personel Assistant (PA) kepada jawatan ‘Senior Executive’ dan sekarang ini ‘Assistant Manager’ berasaskan kebolehannya. Dia melihat pegawai ini mempunyai potensi untuk meningkat dalam kareernya jika diberi bimbingan yang betul dan beliau sendiri mahu menukar fokus kerjanya daripada kerja-kerja ‘secretarial’ dan ‘clerical’ kepada bidang ‘managerial’ yang lebih luas, bersesuaian dengan jawatan yang disandangnya ketika ini.
“Datuk! I’ve prepared the letter for the extension of your contract of service in Puncak Niaga. I hope you agree with the content. And I do really hope you’ll agree to put your signature on it,” kata Evy. Dia terus meneliti surat tersebut dan setelah selesai, dia memasukkannya semula ke dalam fail dan menutupnya. “Thank you! Give me time to think,” jawabnya, memerhatikan pegawai itu yang tidak menunjukkan muka ceria seperti biasa.
Tempoh seminggu berakhir. Dia tidak menandatangani surat permohonan untuk menyambung perkhidmatannya dengan Puncak Niaga.
Seminggu selepas bersara, dia bertemu dengan Dato’ Samsuri di majlis perkahwinan anak Dr. Fadil Azim, bekas Ketua Bahagiannya ketika mereka sama-sama bertugas di EPU pada tahun 1992. “Bro! Mana surat?” tanya Dato’ Samsuri, ketika berjabat tangan dengannya. “Boss PNHB tanya. Dia tunggu surat daripada you!” kata Dato’ Samsuri. Dia hanya memberi senyuman dan tidak menjawab. “Apa yang nak pikir lagi! Tulis sajalah!” kata Dato’ Sam yang tidak menyedari, sahabatnya telahpun bersara.
“Sam! Sebenarnya aku telah bersara daripada Puncak Niaga!” katanya.