PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
DI BAWAH 3 PERDANA MENTERI:
ERA MANA LEBIH BAIK?
ERA MANA LEBIH BAIK?
DR MUZAHET MASRURI
Malaysia adalah sebuah ekonomi pasaran bebas (free-market economy). Sifat keterbukaan dalam sistem pasaran bebas ini membawa implikasi bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak hanya ditentukan oleh dasar-dasar pembangunan dalam negara bahkan ia juga dipengaruhi oleh persekitaran global.
Inilah cabaran yang dilalui oleh pemimpin-pemimpin negara dalam meneraju pembangunan ekonomi Malaysia bagi tempoh lebih 30 tahun yang lalu di bawah kepimpinan 3 orang Perdana Menteri.
Tun Mahathir Mohamad meneraju Malaysia, sebagai Perdana Menteri ke-4 mulai 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Beliau digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai Perdana Menteri ke-5 bagi tempoh 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri ke-6 mulai 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. Mulai 10 Mei 2018, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi meneraju Malaysia, sebagai Perdana Menteri ke-7, apabila memenangi Pilihanraya Ke-14 di bawah kepimpinan Parti Harapan Rakyat.
Pertumbuhan ekonomi era
Mahathir
Dalam tempoh 10 tahun pertama memegang
tampuk pemerintahan negara mulai tahun 1981, pertumbuhan ekonomi negara meningkat
daripada purata 5.0% pada tahun 1970-an kepada purata 7.4% bagi tahun 1980-an (lihat Rajah 1).
Pertumbuhan ekonomi negara terus meningkat kepada 9.0% pada tahun 1990 dan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya, sehingga mencecah 10.0% pada tahun 1996 – suatu catatan paling tinggi dalam sejarah pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh 30 tahun yang lalu.
Krisis Kewangan Asia berlaku pada 1997/98 berikutan serangan matawang yang hampir melumpuhkan sistem kewangan negara-negara di Asia, yang dipelopori oleh spekulator matawang, George Soros. Malaysia dapat bertahan pada kadar pertumbuhan 7.3% pada tahun 1997 tetapi pertumbuhan ekonomi negara terus merudum ke paras negatif 7.4% pada tahun 1998.
Dengan tindakan pantas melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sistem kewangan negara dapat diselamatkan dan pertumbuhan ekonomi negara dapat dipulihkan ke paras positif 6.1% dalam tempoh hanya setahun pada 1999 dan 8.9% pada tahun 2000.
Seperti di sebut di atas, sebagai sebuah ekonomi pasaran bebas, pertumbuhan ekonomi Malaysia juga dipengaruhi oleh persekitaran global.
Pada 11 September 2001, 2 buah jet penumpang (airlines) yang dirampas oleh pejuang al-Qaeda telah melanggar dan memusnahkan bangunan World Trade Center di Amerika Syarikat. Ekonomi Amerika serta merta lembab dan kesannya menular menjadi krisis kelembapan ekonomi dunia. Malaysia dapat bertahan di paras pertumbuhan positif yang rendah 0.6% dan meningkat pada tahun berikutnya kepada 5.4%.
Sekali lagi pada tahun 2003, pengaruh persekitaran global menguji kekukuhan ekonomi negara apabila berlaku peperangan di Iraq dan serangan wabak Severe acute respiratory syndrome (SARS) yang menjadi punca kelembapan ekonomi global pada tahun tersebut.
Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertahankan di paras positif 5.8% sehinggalah Tun Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Pertumbuhan ekonomi era Abdullah Badawi
Ketika menjadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, Abdullah Badawi mewarisi petumbuhan ekonomi negara yang kukuh daripada era sebelumnya. Pada tahun 2004 ekonomi tumbuh pada kadar 6.8% tetapi menurun pada tahun-tahun berikutnya pada kadar 5.3% (2005) dan 5.6% (2006) - lihat Rajah2.
Tempoh perkhidmatan yang singkat dan kurang berminat dalam pengurusan ekonomi negara dapat menjelaskan kedudukan pertumbuhan ekonomi negara yang tidak memberansangkan dalam tempoh 2004 hingga 2008, sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatannya pada 3 April 2009.
Pertumbuhan ekonomi era Najib
Najib mula menjadi Perdana Menteri ke-6 pada 3 April 2009. Pada permulaan perkhidmatannya, ekonomi negara sedang berhadapan dengan kelembapan ekonomi global yang bermula pada 2008.
Pada tahun 2009, ekonomi negara mencatat pertumbuhan negatif 2.5% tetapi dapat dilpulihkan kepada pertumbuhan positif 6.9% pada tahun 2010 (lihat Rajah 3). Pertumbuhan yang agak tinggi ini adalah disebabkan pengiraan angka ‘base year’ yang rendah (negatif) pada tahun 2009, di mana sedikit sahaja pertambahan akan menjadikan peratusnnya meningkat tinggi.
Bagi tempoh 8 tahun berikutnya (2010 - 2017) keadaan ekonomi dunia adalah stabil dan tiada kekangan di peringkat global yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara-negara di dunia.
Bagaimanapun, kestabilan ekonomi dunia dalam tempoh tersebut tidak dimanfaatkan Malaysia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi hanya dapat dicapai dalam lingkungan antara 4.0% hingga 6% sahaja
Era 1980an dan 1990an menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara yang sangat tinggi. Kemuncak pertumbuhan ekonomi bagi tempoh tersebut ialah pada tahun 1996 apabila negara mencatat pertumbuhan 10.0%, suatu catatan paling tinggi dalam sejarah pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh lebih 30 tahun yang lalu. Walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran persekitaran global pada tahun-tahun berikutnya, tetapi ekonomi negara berjaya segera dipulihkan.
Berbeza dengan tempoh 8 tahun (2010-2017), selepas mengalami kesan kelembapan ekonomi global 2009, pertumbuhan ekonomi negara kelihatan lesu dan hanya berupaya mencatat pertumbuhan antara 4.0% hingga 6%. Kelesuan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh tersebut menjelaskan ketiadaan langkah-langkah pragmatis dan ketidakupayaan untuk kembali kepada momentum pertumbuhan yang tinggi pada tahun1980an dan 1990an.
Era mana yang lebih baik? Anda jawab sendiri.
Bagaimanapun, kestabilan ekonomi dunia dalam tempoh tersebut tidak dimanfaatkan Malaysia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi hanya dapat dicapai dalam lingkungan antara 4.0% hingga 6% sahaja
Kesimpulan
Berbeza dengan tempoh 8 tahun (2010-2017), selepas mengalami kesan kelembapan ekonomi global 2009, pertumbuhan ekonomi negara kelihatan lesu dan hanya berupaya mencatat pertumbuhan antara 4.0% hingga 6%. Kelesuan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh tersebut menjelaskan ketiadaan langkah-langkah pragmatis dan ketidakupayaan untuk kembali kepada momentum pertumbuhan yang tinggi pada tahun1980an dan 1990an.
Era mana yang lebih baik? Anda jawab sendiri.
Penulis: Dr Muzahet Masruri. Ph. D (Economics), University of East Anglia, United Kingdom.