APA KESUDAHANNYA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA 2017..?
DR MUZAHET MASRURI
Banyak pihak yang memperkatakan tentang ekonomi Malaysia sekarang ini, bukan sahaja penganalisis tempatan bahkan penganalisis luar negara daripada institusi, seperti Bank Dunia, International Monetary Fund (IMF) dan Bloomberg
Sebagai rakyat Malaysia, kita tertunggu-tunggu berita, apa kesudahannya dengan pencapaian ekonomi negara bagi tahun 2017 yang tempohnya akan berakhir tidak lama lagi?
Penantian mengenai berita ini semakin panas berikutan timbulnya kontroversi berkaitan gambaran negatif mengenai kedudukan ekonomi Malaysia semasa. Ia berpunca daripada kenyataan-kenyataan rasmi yang terlalu memperbesar-besarkan sesetengah fakta ekonomi yang tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan reaksi negatif pihak-pihak tertentu.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tertunggu-tunggu berita, apa kesudahannya dengan pencapaian ekonomi negara bagi tahun 2017 yang tempohnya akan berakhir tidak lama lagi?
Penantian mengenai berita ini semakin panas berikutan timbulnya kontroversi berkaitan gambaran negatif mengenai kedudukan ekonomi Malaysia semasa. Ia berpunca daripada kenyataan-kenyataan rasmi yang terlalu memperbesar-besarkan sesetengah fakta ekonomi yang tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan reaksi negatif pihak-pihak tertentu.
Pencapaian 2016
Kalau kita ketepikan kontroversi yang berlaku dan meneliti kedudukan sebenar, kita dapati walaupun pertumbuhan KDNK Malaysia rendah sedikit pada tahun 2016 (4.2%), tetapi mengikut laporan Bank Dunia, Malaysia masih merupakan negara yang mempunyai rekod pertumbuhan yang baik dalam kalangan negara-negara yang sekelompok dengannya, iaitu Emerging Market & Developing Economies, East Asia & the Pacific.
Pertumbuhan 2017
Dalam laporan East Asia Pacific Economic Update, October 2017 baru-baru ini, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuhan 4.9% bagi tahun 2017 dan dijangka terus meningkat bagi tempoh jangka pendek.
Peningkatan prestasi pertumbuhan tersebut disumbang terutamnya oleh aktiviti sektor swasta dan permintaan domestik yang kukuh yang merupakan pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negara ketika ini. Selain itu, ia juga disumbang oleh peningkatan eksport berikutan permintaan yang lebih tinggi bagi produk perkilangan (Bank Negara Malaysia).
Prestasi ekonomi Malaysia lebih baik
Kalau kita membuat penelitian lanjut ke atas perangkaan Bank Dunia dalam Jadual di atas, kita dapati prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2017 adalah lebih baik berbanding dengan negara-negara di East Asia & Pacific yang lain.
Tidak setuju?
Anda mungkin tidak setuju dan bertanya, mengapa prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.9% bagi 2017 dikatakan lebih baik sedangkan kadar perumbuhan tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain, misalnya Indonesia (5.2%), Laos (7.0%), Myanmar (6.9%) dan Vietnam (6.3%)...??
Apa jawapannya?
Persoalan ini adalah antara kesalahan lazim yang dilakukan oleh penganalisis apabila membuat perbandingan mengenai prestasi pertumbuhan ekonomi antara sesebuah negara dengan negara-negara lain.
Dalam praktis yang sebenar, kita tidak wajar membandingkan prestasi pertumbuhan ekonomi antara negara-negara dengan merujuk kepada kadar pertumbuhan yang dicapai oleh negara-negara berkenaan pada tahun yang dinilai. Contohnya, seperti angka-angka yang disebut dalam soalan di atas.
Ini kerana kadar pertumbuhan ekonomi (KDNK) adalah merupakan catatan sejarah tersendiri yang berlaku dalam sesebuah negara dan tiada kaitan dengan negara-negara lain.
Apa yang sepatutnya dilakukan?
Apa yang sepatutnya dilakukan?
Bagi menilai prestasi ekonomi sesebuah negara ia harus dilihat daripada segi perubahan mengenai kadar pertumbuhan ekonomi bagi dua tempoh yang dinilai. Ringkasnya, prestasi ekonomi semasa = kadar pertumbuhan KDNK semasa - kadar pertumbuhan KDNK sebelumnya.
Jadual di bawah (ruang terakhir berwarna merah) menunjukkan perubahan kadar pertumbuhan KDNK 2017 berbanding 2016 bagi negara-negara East Asia & the Pacific.
Dalam jadual di atas, prestasi pertumbuhan 2017 berbanding 2016 bagi Malaysia ialah (4.9% - 4.2%) = 0.7%; Indonesia (5.2% - 5.0%) = 0.2%; Laos (7.0% - 7.0%) = 0%; Myanmar (6.9% - 6.5%) = 0.4%; dan Vietnam (6.3% - 6.2%) = 0.1%.
Angka-angka tersebut
menunjukkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara-negara berkenaan, iaitu sama
ada meningkat (+) atau menurun (-) dan setakat mana tahap peningkatan dan
penurunannya.
Rumusan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan 4.9% bagi tahun 2017. Berasaskan perangkaan Bank Dunia, prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang meningkat 0.7% pada tahun 2017 berbanding dengan 2016 adalah antara yang terbaik dalam kalangan Emerging Market & Developing Economies, di rantau East Asia & the Pacific.
Baca artikel berkaitan: EKONOMI DUNIA DIJANGKA TUMBUH 2.7%, 2017
Baca artikel berkaitan: EKONOMI DUNIA DIJANGKA TUMBUH 2.7%, 2017
Dr.Muzahet Masruri. Ph.D (Economics), University of East Anglia, United Kingdom