April 19, 2017

Episod 4 Turun Padang


Episod 4
Turun Padang

Minggu-minggu berikutnya, dia tidak putus-putus ditemui oleh tetamu-tetamu di pejabatnya. Dahulu, semasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mereka adalah ‘client’ yang kebanyakannya daripada sektor swasta mengenai urusan perniagaan yang berkaitan dengan sektor perdagangan dalam negeri. Tetapi di KPKKW sebahagian besar tetamunya adalah pegawai-pegawainya sendiri untuk membincang isu-isu, program dan acara-acara di peringkat kementerian dan nasional yang telah diatur mengikut kalender agensi masing-masing.


Perhimpunan Bulanan


Dalam ruang yang terbatas ini, saya coret sedikit inti pati perbincangan dengan beberapa orang ‘tetamu’ yang menemui saya.

Tertunggu waktu pagi untuk ke pejabat

“Dr., sebelum ini saya selalu rasa berat nak ke pejabat. Tapi malam tadi, ‘the first time in my life’ saya tertunggu-tungu waktu pagi untuk pergi ke pejabat. Hati saya tenang, mahu cepat ke pejabat dan fikir nak kerja lebih kuat dan tambah baik apa yang saya buat sebelum ini,” kata Hajjah Fatimah. “Bagus tu. Kita mesti suka dan minat dengan kerja yang kita buat. Barulah ada keseronokan bekerja. Tetapi kita jangan berpuas hati dengan tahap kerja yang kita buat. Kita mesti fikir untuk menambah baik dan meningkatkan mutu kerja kita. Baharulah orang lain akan ‘respect’ kita!” jawabnya.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan Anugerah Seni Negara Ke-8 kepada Tan Sri Jins Shamsuddin, 18.2.2009
Sekarang tak boleh panggil Dr.

“Selamat Pagi Boss! Tahniah atas anugerah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’. Sekarang saya tak boleh panggil Dr. tetapi kena panggil Datuk,” kata Datuk Azmal, berjenaka bersama Dato Mohamed Daud, kedua-dua mereka adalah TKSU, yang datang berjumpa untuk membincangkan program-program di bawah Kementerian. “Terima kasih," jawabnya.


Penyertaan Acara Kebudayaan KPKKW, ‘World Star-Road to Hollywood’ di peringkat dunia.
Dato’ Mohamed (paling kiri) dan Datuk  Azmal (paling kanan)

“Datuk! Ini cadangan program-program utama Kementerian sepanjang tahun ini yang telah kami atur dan bincang dengan teliti bersama Dato’ Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Kementerian. Ini cadangan Majlis Anugerah Seni Negara Ke-8. Yang ini cadangan Sambutan Hari Merdeka, Hari Keamatan di Sabah, Hari Gawai di Sarawak, Hari Raya Aidil Fitri di Kuantan, Tahun Baharu Cina di Bukit Bintang Kuala Lumpur, Deepavali di Kuala Lumpur dan Chrismas di Kampung Portugis Melaka,” kata Datuk Azmal.


Mesyuarat Ke-3 Menteri Kebudayaan Asia-Eropah, 21.4.2008.

“Datuk! Semua cadangan ini kami kemukakan kepada Datuk walaupun tarikh-tarikhnya berlainan. Tujuan kami ialah untuk memudahkan Datuk meneliti cadangan-cadangan tersebut walaupun sebahagiannya telah kami bincang secara terperinci,” kata Dato’ Mohamed.

“Wah! Banyak betul program yang nak kita buat ni!” katanya, sambil membelek kertas-kertas cadangan yang bertimbun di hadapannya. “Datuk! Itu cuma progam di bawah Kementerian sahaja, tidak termasuk program bagi 11 lagi agensi di bawah Kementerian Datuk!” kata Datuk Azmal yang mesra, banyak cakap dan berjenaka. ”OK, saya akan teliti malam ini dan besok pagi you all jumpa saya untuk penambahbaikan, sekiranya ada, sebelum kita bertiga menghadap YB Menteri untuk kelulusan,” katanya.  

Ucapan semasa KL Festival, KLCC , 28.6.2008

Sekarang barulah selesa nak panggil Datuk KSU

“Selamat Pagi Datuk!” kata Dato’ Sidek yang datang bersama pasukan pegawai-pegawainya dari Arkib Negara. “Sekarang barulah selesa nak panggil Datuk KSU!” katanya, berjenaka.

“Dulu mula-mula Datuk masuk Kementerian, kami serba salah nak panggil KSU. Sebab, pegawai-pegawai bawah ramai dah dapat Datuk, tapi KSU kita tak ada Datuk!” kata Dato’ Sidek lagi, dengan tergelak-gelak. “Tak apa! Saya ada Datuk ke! Saya tak ada Datuk ke! Sama sahaja, tak ada beza. Sebab yang jadi KSU saya! Bukan pegawai-pegawai lain yang ada Datuk?” katanya, berseloroh dan mereka tertawa.


Full Rehearsal Ambang Merdeka 30.8.2008.

“Datuk! Kami datang nak maklumkan pada Datuk KSU. Dua minggu lagi, Arkib Negara akan menganjurkan ‘International Seminar on Archive’ di Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh peserta-peserta dari luar negara. Segala persiapan telah saya atur, termasuklah program, tempat seminar, logistik, menyambut ketibaan peserta di Lapangan Terbang KLIA, pengangkutan, pendaftaran peserta dan sebagainya,” jelas Dato’ Sidek yang yakin boleh menguruskan seminar, berdasarkan pengalamannya dengan Arkib Negara lebih 20 tahun

Majlis Terbuka Malaysia Krismas, Perkampungan Portugis Melaka, 27.12.2008

Lain kali boleh tak Datuk sampai 'on time?'

Ketika turun dari kereta bersama isteri untuk menghadiri Pementasan Diraja di Istana Budaya pada malam itu, dia didatangi Datuk Azmal, TKSU yang berlari anak, termengah-mengah. “Datuk, sorry dia orang semua belum sedia. Ada yang belum sampai,” kata Datuk Azmal. “Datuk sampai 10.00 minit awal,” kata Datuk Azmal lagi. “Oh, sorry, saya buat silap. Tak apa, bagi tahu dia orang, take their times,” katanya lagi. Memang menjadi kebiasaan, ketibaan KSU akan disambut pegawai-pegawai kanan di perkarangan lobi. “Datuk, boleh tak saya buat request? Lain kali boleh tak Datuk sampai on time dan kalau lewat 5 minit pun tak apa,” kata Datuk Azmal. “OK,” jawabnya.

Pementasan Teater, Istana Budaya


Datuk apa kabar? Kakak apa kabar?

Sambil menunggu pegawai-pegawai kanan yang lain sampai, dia teringat pada minggu lepas Juhari menemuinya di pejabat. “Datuk! Assalamualaikum! Datuk apa kabar? Kakak apa kabar?” sapa Juhari ketika melangkah masuk ke pejabatnya. ‘Baik! Semua baik!” jawabnya. Juhari atau panggilannya Joe, Ketua Pengarah Istana Budaya mempunyai perwatakan yang menceriakan, suka berjenaka dengan suara yang lantang tetapi mudah mesra dan menghormati rakan-rakannya. Panggilan ‘Kakak’ menjelaskan kemesraannya dengan KSU dan isteri KSU.

‘FINAS, Ini Malam Pelancaran FFM21-2008’, Putrajaya, 7 Ogos 2008

“You ni Joe! Datang sebab lain tak ada. Mesti nak jemput ke pementasan di Istana Budaya!”, katanya berseloroh. ”Datuk…! Kali ini pementasan sangat bagus! ‘Puteri Gunung Ledang’ dan sambutannya sangat baik. Yang ini Kakak dimestikan datang sebab ada VVIP dan Kakak kena iring mereka,” kata Joe. “Berapa kali pementasan?” dia bertanya. “Ada 5 kali pementasan dan kelima-limanya Kakak wajib hadir sebab semua ada VVIP,” jawab Joe. “OK, kalau isteri KSU hadir, KSU tak payah hadir kan?” katanya berseloroh. “Eh! Mana boleh? Kalau isteri KSU hadir, KSU masti hadir! Kalau tidak, apa guna jadi KSU?” jawab Joe, ketawa dengan kuat. “Wah! Dah pandai kenakan KSU ya?” katanya, tersenyum.


Lawatan Tapak Pameran Stadium Perpaduan, Kuching Sarawak, 14.6.2008

Datuk! Jangan lupa bawa Datin!

Kemesraan yang terjalin dengan staf di semua peringkat banyak membantu dalam memudahkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran Kementerian.

Lawatan Kerja Arkib Negara

Dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang memahami tugasnya serta tahu menyesuaikan diri dengan peranannya sebagai isteri KSU. Sifatnya yang peramah, mudah mesra dan bergaul dengan semua staf, tanpa mengira kedudukan, daripada peringkat terendah hinggalah peringkat tertinggi, menjadikan dia disenangi oleh staf di KPKKW. Ke mana sahaja isterinya menghadiri majlis rasmi dan jemputan, dia pasti akan memberi dan diberi layanan yang mesra di kalangan staff yang ditemui.
“Datuk! Jangan lupa bawa Datin ke majlis ‘KL Festival’ nanti,” pesan Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

“Datuk! Pesan Datin jangan lupa datang ke Pameran Muzium, esok! Saya ada program ‘Kukur Kelapa’ untuk isteri Menteri dan Datin!” kata Dato’ Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara.

“Datuk! Jangan lupa bawa Datin bersama dalam Program Ikon Membaca nanti!” kata Dato’ Raslin, Ketua Pengarah Jabatan Perpustakaan Negara.

Datin-Datin di KPKKW, 2008

“Datuk! Saya ada Program Khas bersama Datin di Jabatan saya minggu depan. Minta ingatkan Datin, jangan lupa datang!” kata Prof. Datuk Zuraina Abd. Majid, Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara.

“Datuk ingatkan Datin, bulan depan ada program ‘Malaysia Week’ di London,” kata Datuk Azmal Mohd Nazir, TKSU.

“Oh ya! Ingatkan juga Datin Program Warisan di Kyoto, Jepun Datuk,” kata Prof. Datuk Zuraina Abd. Majid, Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara.

Begitulah antara program-program padat sepanjang tahun yang perlu penglibatan KSU dan isteri. Kemesraan dan kerjasama yang dijalin dengan semua peringkat staf banyak membantu dan memudahkan perjalanan dan pelaksanaan program-program yang diatur.