December 18, 2016

Episod 3: Subsidi Diesel


Episod 3
Subsidi Diesel


Subsidi diesel telah diperkenalkan pada 19 Oktober 2001. Subsidi ini diberikan kepada sektor pengangkutan darat, nelayan dan bot penumpang sungai.

“Boss, ada seorang Cina, marah-marah nak jumpa Boss sekarang,” kata Russ, ketika dia melangkah masuk ke dalam pejabat pagi itu. “Tapi saya tak bagi dia masuk sebab dia tidak buat temujanji. Lagipun, pakaiannya tidak sopan. Dia pakai seluar pendek sahaja,” kata Russ, dengan nada serius. Russ sangat teliti dan memastikan setiap pelawat berpakian kemas sebelum dibenarkan masuk menemuinya. 

“Biarlah Russ! Dia datang tu ada masalah nak bincang. Kalau tak ada masalah, buat apa dia nak jumpa saya? Panggil dia masuk!” arahnya. 

Ketika memandang ke arah pintu masuk ke pejabatnya, dia memerhatikan seorang lelaki separuh umur, berbangsa Cina, berseluar pendek warna gelap, memakai kemeja lengan pendek yang dua butang di atas tidak dikenakan dan memakai sandal.

“Hai ya, Tuan Busat! Saya banyak telima kasih Tuan Busat kasi saya jumpa!” kata lelaki Cina, sebaik melangkah masuk ke pajabtanya. “Bukan sinang ho. Ini macam olang busat mau jumpa sama saya olang susah!” kata lelaki Cina.

Zahid memberi senyuman padanya dan ketika lelaki Cina itu mendekati mejanya, dia bangun menghulurkan tangan, berjabat salam dan mempersilakannya duduk. “Hai ya! Saya tatak jumpa, ini macam olang busat, kasi hormat sama olang susah macam saya,” kata lelaki Cina, yang tidak henti-henti bercakap.

“Semua orang sama! Tidak ada orang kecil, tidak ada orang besar. Semua sama,” jawabnya. “Sekarang, apa lu punya masalah?” dia terus bertanya.

“Saya Melaka mali. Saya ala stesen minyak Bandat Hilir, tengah Bandat Melaka. Sikalang, saya punya minyak diesel sudah habit. Semua olang latang stesen minyak malah sama saya, mau angkat itu minyak diesel sulah tatak, habit!” kata lelaki Cina, sambil menunjukkan isyarat kedua-dua belah tapak tangannya ke atas.

Gambar Hiasan

“Lu ada telefon syarikat minyak, minta dia orang hantar diesel lu punya stesen?” tanya Zahid. “Ala! Tapi itu syarikat minyak tatak mau hantar. Dia orang bilang, saya punya kuota sulah habit!” jawab lelaki Cina.

Zahid mengangkat gagang telefon dan membuat panggilan, “Russ, bagi tahu Fariszan, minta dia semak kuota diesel bersubsidi stesen minyak lelaki Cina ini di Bandar Hilir, Melaka dan datang jumpa saya,” katanya. “Baik Boss,” kata Russ.

“Apa pasal lu punya minyak disesel ini bulan cepat habis?” dia bertanya. “Tuan Busat! Saya pun tatak tau, apa pasat ini bulan banyak olang mali mau angkat minyak diesel stetsen saya!” kata lelaki Cina. “Siapa beli diesel subsidi lu punya stesen minyak?” tanya Zahid. “Itu banyak loli, bas, bas sekolah pun ada beli itu diesel,” jawab lelaki Cina.

Gambar Hiasan: Subsidi diesel

“Apa pasal lori datang angkat lu punya diesel? Berapa banyak bas sekolah datang kasi habis lu punya diesel subsidi? Lu punya stesen tengah bandar Melaka bukan? Berapa ramai nelayan Melaka datang lu punya stesen, angkat lu punya disesel sampai habis?” tanya Zahid.

“Lu tahu bukan, siapa boleh angkat diesel subsidi dan siapa tidak boleh angkat diesel subsidi?” soalnya lagi pada lelaki Cina, yang terkebil-kebil matanya seketika untuk mencari jawapan. Belumpun sempat lelaki Cina itu menjawab, Dia bertanya lagi. “Lu jual diesel subsidi pada kilang?” soalnya, sambil merenung muka lelaki Cina.

“Selamat Pagi Dr!” kata Fariszan ketika melangkah masuk ke pejabatnya. “Selamat Pagi,” jawabnya. “Dr, kalau ikut laporan, kita dah tambah kuota diesel bersubsidi bagi stesen minyak ini, berdasarkan rayuan yang dikemukakan oleh syarikat minyak dalam mesyuarat bulan lepas!” kata Fariszan.

“Lu dengar apa pegawai saya cakap?” dia bertanya pada lelaki Cina. “Tapi Tuan Busat! Saya minta tolong!” jawab lelaki Cina. Zahid berfikir, masalah yang akan dihadapi oleh pelanggan-pelanggan di stesen minyak ini sekiranya mereka tidak mendapat bekalan diesel yang akan menimbulkan isu yang lebih besar. Lagipun, mengikut peraturan, stesen minyak perlu membekalkan minyak secara berterusan, sekiranya gagal mereka akan menghadapi tindakan menutup stesen minyak.

“OK, kali ini saya kasi tambah sikit lu punya kota diesel. Tapi lu mesti ingat, undang-undang mesti jaga! Kalau tidak, lu tahu apa saya mahu bikin?” katanya memberi amaran. “Saya banyak telima kasih, Tuan Busat tolong sama saya,” jawab lelaki Cina, lalu keluar dari pejabatnya.

Dia memerhatikan lelaki Cina itu ketika keluar meninggalkan pejabatnya dan menggelengkan kepala. “Bengkak kepala kita kalau semua stesen minyak buat kerja macam ini!” katanya pada Fariszan. “Itu dah kerja dia orang Dr.!” jawab Fariszan. “Fariszan! You buat surat arahan kepada Bahagian Penguatkuasa. Minta mereka buat siasatan stesen minyak ini dan kemukakan laporan siasatan kepada saya!” arahnya. “OK Dr.!” jawab Fariszan.