October 29, 2018

ALKISAH SERU MASIH SEGAR SELEPAS 25 TAHUN DITINGGALKAN



ALKISAH SERU MASIH SEGAR SELEPAS 25 TAHUN DITINGGALKAN
DR MUZAHET MASRURI

Bertemu setelah berpisah selama lebih 25 tahun lalu adalah suatu detik peristiwa yang amat bermakna. Zaman semasa bertugas di Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU) yang ditinggalkan pada tahun 1992 dan kini diketemukan semula pada tahun 2018 pada usia yang telah bergelar warga emas, pastinya mencuit banyak kisah, peristiwa pahit dan manis ketika bertugas di agensi ini.

Yang pasti, ada kalangan rakan sepejabat semasa sama-sama bertugas dahulu yang hampir tidak dikenali. Almaklum, dahulu lawa dan kacak tapi sekarang, raut muka yang dulunya kental dah jadi kendur. Rambut yang dulunya hitam dan sering dilumur dengan minyak Brylcreem sekarang dah habis bertukar menjadi putih.

Begitulah pengalaman yang dikongsi semasa bertemu dengan bekas pegawai-pegawai SERU ketika mengadakan perjumpaan di Utara Coffee House, Armada Hotel, Petaling Jaya pada 28 Oktober 2018 lalu.

Mereka yang kini bergelar warga emas adalah bekas penjawat jawatan tinggi sektor awam yang pernah menyumbang bakti kepada negara.

PERSONALITI YANG DIINGATI

Tidak seperti kebanyakan bos sekarang, bos-bos dahulu rata-rata garang-garang, suka lempar buku dan fail kalau ada sesuatu yang tidak kena dengan hasil kerja pegawai bawahan. Tetapi di SERU ketika itu tidak ramai bos yang begitu. Ada bos yang understanding, suka menyapa dan berjenaka dengan pegawai bawahan.

Dato' Rommel Josef, sentiasa menguntum senyum
Antaranya ialah Rommel Josef, salah seorang Pengarah Bahagian yang menyandang Gred Super Scale F. Sering menguntum senyum, berjalan dengan membongkokkan sedikit kepalanya apabila keluar dari bilik, suka menyapa dan kadangkala membuat jenaka (jokes) dengan pegawai-pegawai bawahan. Sifatnya yang mudah mesra menjadikan dia mudah dihampiri oleh pegawai-pegawai bawahan. Sebut sahaja nama Rommel Josef, semua orang di SERU kenal dia.

Freddie Choo (berdiri di tengah), sentiasa tenang dan mudah memahami pegawai bawahan
Freddie Choo seorang lagi Pengarah Bahagian yang menyandang Gred Super Scale F. Beliau adalah antara Pengarah yang menjadi tulang belakang SERU. Perawakannya sentiasa tenang dan mudah memahami pegawai-pegawai bawahan menyebabkan beliau disegani di kalangan pegawai-pegawai SERU.

Ng Boon Puey, sangat kuat bekerja
Ng Boon Puey, lagi satu Pengarah Bahagian yang menyandang Gred Super Scale F. Perwatakannya pendiam, baik hati dan sangat kuat bekerja. Beliau juga adalah antara Pengarah yang merupakan tulang belakang SERU ketika itu.

PEGAWAI BAWAHAN

Skim Pegawai Penyelidik dan Pegawai Tadbir Am (PTA) menduduki lapisan paling bawah dalam perjawatan di SERU. Walaupun mereka hampir tidak mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat dan jawatan yang lebih kanan, tetapi sifat mereka yang mesti dipuji ialah tanggung jawab dan ketekunan bekerja tanpa mengira pangkat.

Chin Tuck Seng (duduk di sebelah kiri), banyak cerita dan berhati mulia. Zubaidah (duduk di sebelah kanan)
Chin Tuck Seng sahabat yang tidak akan dilupa.  Pertamanya kerana beliau adalah Pasangan Bergu Badminton yang sering menggondol kejuaran pertandingan badminton di SERU. Beliau seorang yang talkative, banyak cerita dan berhati mulia.

Ng Soo Tian, berjiwa kental
Ng Soo Tian sahabat yang tidak pernah tidak senyum. Walapupun selalu kena marah bos tapi sifatnya yang berjiwa kental, kuat bekerja dan sering menunjukkan prestasi kerja yang tinggi menjadikan dia disegani rakan-rakan sekerja.

Mary, duduk paling kiri.
Murtadza, berdiri paling kiri.
Sekian, semoga dapat jumpa lagi dalam perjumpaan SERU akan datang.