November 20, 2017

HARGA PETROL DI ASEAN – perbandingan epal dengan epal


HARGA PETROL DI ASEAN –
perbandingan epal dengan epal
DR MUZAHET MASRURI
  
Anda mungkin pernah melihat perbandingn mengenai harga petrol antara sebuah negara dengan negara-negara lain dengan cara menukar harga petrol negara berkenaan kepada mata wang sebuah negara yang dijadikan perbandingan (misalnya ringgit Malaysia). Contohnya adalah seperti gambar rajah di bawah.


Persoalannya, bolehkah kita bandingkan harga petrol di negara lain dengan hanya menukar harganya kepada ringgit Malaysia?

Jawapan: Boleh. Tetapi cara itu tidak betul. Ini kerana ia tidak menggunakan kaedah yang lazim digunakan dalam analisis ekonomi apabila membandingkan harga barangan dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara-negara lain di dunia.

Apa kaedah yang digunakan dalam ekonomi bagi membandingkan harga barangan dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara-negara lain di dunia?

Ada dua kaedah yang biasanya digunakan untuk membandingkan harga barangan dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara-negara lain, iaitu

1. Menukar harga barangan dan perkhidmatan negara berkenaan kepada mata wang utama dunia.


Mata wang utama dunia, sebagaimana yang diklasifikasi oleh International Monetary Fund (IMF) dalam Special Drawing Right (SDR) ialah USD, euro, yuan, yen dan pound sterling. Bagaimanapun, agensi-agensi antarabangsa, seperti Bank Dunia dan IMF biasanya menggunakan USD kerana ia adalah matawang utama dunia yang digunakan dalam kebanyakan transaksi antarabangsa.

Apa kekuatan dan kelemahan kaedah ini? Kekuatannya, keadah ini mudah. Kelemahannya ialah, ramai ahli ekonomi menghujjah kaedah ini kurang tepat. Ini kerana kaedah ini tidak mengambil kira perbezaan yang wujud antara negara-negara yang dibandingkan, seperti faktor perbezaan mata wang, struktur ekonomi, tahap pembangunan, pendapatan negara, inflasi, kos sara hidup dan faktor-faktor lain yang berbeza di kalangan negara-negara tersebut.

Apa alternatif kepada kaedah di atas? Sebagai alternatif, ahli-ahli ekonomi menggunakan kaedah kedua, iaitu

2. Indeks ‘Purchasing Power Parity’ (PPP)

Perkataan ini mungkin pelik, kerana ramai kita tidak pernah mendengar istilah ini. Akan tetapi konsepnya mudah, sama seperti konsep Indeks Harga Pengguna (IHK/CPI). Cuma bezanya ialah IHP/CPI mengukur indeks perubahan harga dari semasa ke semasa (untuk mengukur kadar inflasi). Sebaliknya, indeks PPP mengukur perbezaan paras harga barangan dan perkhidmatan antara negara-negara di dunia.

Apa itu Indeks ‘Purchasing Power Parity’? 

Ia merujuk kepada perkataan ‘parity’ yang bermaksud ‘similarity’ atau ‘unifromity’. Maksudnya dalam pengertian ekonomi ialah, penduduk di sesebuah negara sepatutnya boleh membeli barangan yang sama dengan harga yang sama sebagaimana penduduk di negara-negara lain.

Contohnya, kalau harga Kentucky Fried Chicken (Dinner Plate) di Malaysia ialah RM12.00 (USD 2.88), kita sepatutnya boleh membelinya dengan harga yang sama, iaitu USD2.88 kalau kita beli di Amerika, England, China atau Vietnam.

Cakap memang mudah, tetapi realitinya ia tidak akan jadi macam itu. Sebab itu, dalam keadah PPP, ahli-ahli ekonomi menggunakan indeks berasaskan kos/harga bagi sekumpulan barangan (a bundle of goods) yang umumnya digunakan di negara-negara di dunia dan menukar nilainya kepada matawang utama dunia (USD). Keadah ‘a bundle of goods’ ini adalah sama seperti yang digunakan dalam pengiraam Indeks Harga Pengguna.

Bagaimana kaedah mengira Indeks PPP?

Artikel ini membuat perbandingan harga petrol (RON95) di beberapa buah negara ASEAN, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Perbandingan adalah berasaskan kepada harga RON95 pada 1 Januari 2017. Perhatikan, kedua-dua kaedah perbandingan, seperti dijelaskan di atas adalah diperincikan dalam Jadual 1 di bawah

Bagi anda yang suka membaca, boleh teruskan membaca dan meneliti pengirannya, seperti dalam Jadual 1. Bagi anda yang tidak suka membaca, boleh terus lihat keputusannya di Jadual 2.


Dalam Jadual 1 di atas, Ruang (1) adalah mata wang negara-negara yang dirujuk.

Ruang (2) adalah harga petrol RON 95 di negara berkenaan pada 1 Januari 2017 dalam matawang tempatan.

Ruang (3) adalah PPP harga RON95 di negara berkenaan, dengan menggunakan kaedah menukar harganya kepada USD. Ia dikira dengan membahagikan harga pertrol di negara berkenaan dengan harga petrol di Amerika Syarikat.

Misalnya, bagi Malaysia harga seliter RON95 dalam USD ialah 2.30/2.08 = USD 1.11. Maknanya, kalau kaedah kadar tukaran matawang digunakan sebagai asas perbandingan PPP, sebagaimana yang dijelaskan di atas, harga petrol RON 95 di Malaysia dalam USD ialah USD1.11, iaitu hargnya lebih tinggi berbanding dengan USD1.00 harga RON 95 di Amerika Syarikat

Bagi Singapura pula, PPP dalam USD ialah 1.99/2.08 = USD 0.95. Maknanya, pengguna di Singapura membayar seliter petrol sebanyak USD 0.95 berbanding dengan USD1.00 di Amerika Syarikat.

(Catatan: perhatikan ketakselarasan harga petrol di Malaysia dan Singapura, sekiranya menggunakan kaedah menukar harga barangan dan perkhidmatan kepada mata wang utama dunia (USD)..Ini menyebabkan ahli-ahli ekonomi lebih memilih untuk menggunakan Indeks PPP).

Ruang (4) adalah kadar tukaran mata wang bagi setiap negara berbanding dengan USD. Misalnya, di Malaysia, pada Januari 2017, USD1.00 adalah bersamaan RM4.45.

Ruang (5) ialah berapa banyak wang USD diperlukan untuk membayar seliter petrol RON95 mengikut kaedah Indeks PPP di negara-negara ASEAN berbanding dengan harganya USD 2.08 di Amerika Syarikat.

Misalnya, di Malaysia jumlah wang USD yang diperlukan ialah dengan membahagikan harga petrol RON95 di Malaysia dengan kadar tukaran mata wang USD, ialah 2.30/4.45 = USD 0.52. Ruang yang sama juga menunjukkan indeks harga seliter petrol RON 95 dalam nilai USD di negara-negara lain di ASEAN berbanding dengan harganya di USA.
  
Akhirnya, Ruang (6) adalah Indeks ‘Purchasing Power Parity’ (PPP), iaitu kadar harga dalam USD yang diperlukan untuk membeli seliter petrol RON95 di negara-negara ASEAN dengan menjadikan harga petrol di Amerika Syarikat sebagai constant (1.00)

Rumusan keputusan analisis Indeks PPP 

Rumusan analisis harga petrol RON95 di negara-negara ASEAN mengikut kaedah Indeks PPP adalah seperti dalam Jadual 2.


Jadual 2 menunjukkan Indeks PPP harga petrol RON95 di negara-negara ASEAN adalah lebih rendah daripada harganya di Amerika Syarikat yang dijadikan asas perbandingan dalam analisis ini. Indeks PPP bagi Malaysia ialah 0.25, Indonesia (0.29), Kemboja (0.53), Laos (0.53) dan Singapura (0.67)

Bagi Malaysia, $0.52 diperlukan bagi seliter RON95, manakala bagi negara-negara lain seperti Kemboja ($1.10), Laos ($1.11) dan Singapura ($1.40).

Kesimpulan

Kita boleh tukar harga suatu barang yang sama (misalnya petrol RON95) dengan harganya di negara-negara lain dengan guna duit Malaysia. Tetapi kaedah itu tidak betul dan kalau kita guna, takut nanti orang akan ketawakan kita. Daripada kena gelak kat orang, baik kita guna kaedah lazim yang digunakan oleh penganalisis ekonomi apabila membandingkan harga barangan dan perkhidmatan (contohnya petrol) antara sebuah negara dengan negara-negara lain dengan menggunakan Indeks Purchasing Power Parity. Macam banding epal dengan epal.


Dr.Muzahet Masruri.  Ph.D (Economics), University of East Anglia, United Kingdom