November 26, 2017

PUTRAJAYA TIDAK KETANDUSAN AKTIVITI RIADAH


Putrajaya yang dikenali sebagai ‘Bandar Dalam Taman’ tidak pernah ketandusan dengan tempat-tempat riadah yang mesti dikunjungi. Selain Taman Warisan Pertanian, Taman Saujana Hijau, Taman Botani dan banyak taman lain, berbagai kemudahan infrastruktur riadah disediakan bagi warga yang menjadi penghuninya.

Walk for Your Heart

Baru-baru ini, melalui inisiatif 4 orang wanita yang menamakan kumpulan mereka sebagai Brisk Geng Superlink P16 di Perumahan Super Link Presint 16 Putrajaya telah mengadakan Program ‘Morning Walk’ pada Sabtu, 25 November 2017 yang lalu. Seramai 50 orang warga Super Link Presint 16 telah menyertai program ini.
Datin Khamsatun (Ton), Datin Rahimah (Ima), Ramlah (Ram) dan Fauziah (Gee)
Program yang dibiayai sendiri oleh kumpulan ini adalah berbentuk santai dan diberi tema ‘walk for your heart’. Ia bertujuan untuk menjalin hubungan mesra yang lebih erat di kalangan warga Super Link, sambil bersenam, menjaga kesihatan dan menghargai keindahan alam di sekitar Presint 16 waktu pagi.

Peserta-peserta berkumpul sebelum memulakan ‘Morning Walk’
Aktiviti yang sebahagian besarnya disertai oleh golongan separuh umur dan warga emas itu bermula dari Play Ground Presint 16 D. Mereka bergerak, berjalan kaki beramai-ramai menuju dan mendaki bukit Taman Warisan Pertanian, salah satu pusat tarikan pelancong di Putrajaya.


Nasehah, Pegawai Fasilitator Taman Warisan Pertanian bersedia menyambut kedatangan peserta 
Setibanya di check point, Pegawai Fasilitator Taman Warisan Pertanian telah bersedia untuk memberi taklimat dan mengiringi peserta-peserta mendaki bukit untuk memberi penerangan mengenai pembangunan di Taman Warisan Pertanian dan pelbagai jenis tanaman buah-buahan, herba serta rampah ratus yang ditanam di kawasan berbukit ini.
Ketibaan peserta di check-point, Taman Warisan Pertanian


Dari kanan, Datuk Hashim Wahir, Hj. Abd Hamid, Hadzir dan Dato’ Hasnan turut serta dalam Program Morning Walk

Pemandangan dalam Taman Warisan Pertanian


Nasehah (kiri) memberi penerangan kepada Super Link ladies, Presint 16
Peserta lelaki juga minat mendengar penerangan

Peserta 'Morning Walk'


Peserta ‘Morning Walk’
Kemuncak program ini ialah bersarapan pagi di Pelantar Tinjau yang terletak di puncak bukit Taman Warisan Pertanian di mana, sambil makan nasi lemak bungkus, sandwiches, karipap, jeli kelapa dan teh tarik, peserta-peserta berpeluang menikmati panorama indah di sekitar Presint 16.


Bersarapan pagi di Pelantar Tinjau
Panorama pagi dari Pelantar Tinjau

Penulis berkesempatan menemubual salah seorang anggota Kumpulan Brisk Geng mengenai program ini.
Datin Rahimah Mokhtar
Soalan: Datin, macam mana Brisk Geng terfikir untuk menganjurkan program 'Morning Walk ini?

Jawapan: Macam mana..? Oh…macam ni…! Selama bermastautin di sini, kami kenal semua warga Super Link Presint 16. Tapi cuma kenal dari jauh… setakat main hai, hai… dan angkat tangan semasa berselisih ketika memandu. Maklum, masing-masing sibuk dengan tugas. Jadi, kami terfikir untuk mengadakan aktiviti yang boleh merapatkan lagi hubungan antara kami.

Soalan: Tak ada ke persatuan yang boleh menjalankan aktiviti seperti ini?

Jawapan:  Eh...! Ada...! Kita ada Persatuan Penduduk Super Link Presint 16 (PPSL16) yang aktif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk dan mengadakan program-program seperti Majlis Kenduri Sekampung, Majlis Sarapan Pagi, Pot Luck, Jamuan Raya dan lain-lain. 

Soalan: Kalau dah ada persatuan, kenapa Brisk Geng buat program yang sama?

Jawapan: Eh...! Kita jangan fikir semua Persatuan kena buat...! Sebab mereka tu kerja  sukarela, tak ada gaji pun...!! Kesediaan mereka buat kerja-kerja kebajikan, dengan meluangkan masa, tenaga dan kadang kala duit... itu pun dah merupakan satu rahmat pada kita.

Sebab itu kami fikir, sebagai individu, kita juga boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mengeratkan lagi hubungan antara penduduk di sini.

Soalan: Datin, saya nak tanya soalan lain... Macam mana asal usulnya Brisk Geng Superlink P16 tu ditubuhkan?

Jawapan: Ha, ha, ha….!! Saya pun tak perasan macam mana Geng tu terbentuk. Sebenarnya, kami berempat memang dah kenal satu sama lain sejak berhijrh ke sini. Pada mulanya, kami buat brisk walk sendiri-sendiri. Lepas tu Datin Ton kata, “Eh...kenapa kita tak buat secara berterusan dalam group? Kan lagi bagus...?” Ramlah (Ram) menyampuk, “Aaa…. Betul tu…!! Kita boleh namakan group kita 'Brisk Geng Superlink P16'…Apa macam..?” kata Ram. Kami setuju.

Soalan: Dah berapa lama Brisk Geng ini buat brisk walk?

Jawapan: Dah lebih kurang 4 tahun. Kami buat tiap-tiap pagi lepas waktu subuh, kecuali hari minggu dan hari cuti umum. Sebab hari-hari tu saya peruntukan lebih masa untuk suami, anak-anak dan cucu-cucu.

Soalan: Hai…!!! Datin dah ada cucu ke…?

Jawapan: Dah...! Dah ada 8 cucu..

Soalan: Wow…!!! Dah ada 8 cucu….? Semangat betul Datin nie..!!


Waga Emas, Super Link Presint 16 Putrajaya turut memberi sokongan moral
Soalan: Jangan marah Datin..Saya gurau jer..!.. Datin, saya dapat tahu, semua rumah kediaman di Super Link Presint 16 ini dimiliki oleh pemilik individu. Tak ada government quarters. Macam mana perasaan Datin tinggal di sini?

Jawapan: Saya suka tinggal di sini kerana kawasan perumahan ini sangat strategik. Pertama, tempat ini dekat dengan macam-macam kemudahan, Alamanda Shopping Mall pun dekat. Kedua, kawasan perumahan ini sangat bersih dan infrastruktur fizikalnya dijaga dengan baik oleh Perbadanan Putrajaya (PPj). Ketiga, 'human factor' yang harmoni dengan warganya yang ramah, mesra, bertegur sapa, baik budi, murah hati dan suka membantu.

Saya berdoa semoga sifat-sifat yang baik dalam masyarakat yang tinggal berjiran, seperti di Super Link Presint 16 Putrajaya ini, dapat dikekalkan.