July 22, 2017

EPISOD 9 MENAMATKAN KAYUHAN 24,000 KM



EPISOD 9
MENAMATKAN KAYUHAN 24,000 KM
AZZAD MUZAHET

Dalam Episod 8, kerana kasih Ibu, budak kampung ini telah buat keputusan tidak mahu jadi anak angkat Cikgu di bandar. Dia bertekad untuk meneruskan kayuhan basikal walau apapun rintangan dan halangan yang akan dihadapinya. Episod ini adalah sembang-santai saya dengan budak kampung yang telah berjaya menamatkan kayuhan basikal sejauh 24,000 km pergi dan balik ke sekolah.

Soalan: Ayah dah buat keputusan, Ayah tak mahu jadi anak angkat Cikgu di bandar. Dan Ayah akan teruskan kayuhan basikal. Takkah Ayah fikir keputusan Ayah tu akan menjejas prestasi sekolah Ayah kerana hari-hari terpaksa bertarung tenaga berbasikal jauh ke sekolah?
Jawapan: Ayah fikir tidak. Ayah telah janji pada diri Ayah masa tu, walau apapun rintangan dan halangan, Ayah tak hirau. Cuma Ayah perlu lebih tenaga dan lebih masa kalau banding dengan budak-budak sekolah lain kerana Ayah perlu 2½ jam pagi dan 2½ jam tengahari untuk kayuh basikal tiap-tiap hari.

Soalan: Ada orang mungkin kata, kayuh basikal 2½ jam tu tak la penat mana! Apa reaksi Ayah?
Jawapan: Ya la, tak penat mana kalau basikal tu macam basikal sekarang, ada gear dan ada macam-macam aksesori.

Tapi basikal togel Ayah dulu mana ada gear? Brek pun tak ada? Guna basikal yang tak ada gear kena guna tenaga lebih untuk kekalkan momentum kayuhan yang sama sepanjang perjalanan.

Lagipun, memanglah tak penat mana kalau engkau kayuh basikal 2½ jam, lepas tu tak kayuh lagi sampai bila-bila. Tapi ini hari-hari, selama 2 tahun!

Soalan: Kalau dikira jarak kayuhan, berapa jauh Ayah dah kayuh basikal masa Ayah sekolah kat bandar dulu?
Jawapan: Kalau ikut kira-kira Cikgu yang gelar Ayah ‘Punggung Tebal’ masa dalam kelas sama-sama dengan murid-murid dulu, jumlahnya ialah 24,000 km.



Soalan: Wow..!! 24,000 km? Kalau jarak sejauh tu kayuh basikal, agaknya Ayah boleh sampai mana?
Jawapan: Kalau jarak KL – London ialah 10,539 km, maknanya kayuhan tu menyamai perjalanan pergi dari KL ke London dan balik dari London ke KL. 

Soalan: Wow..!! Pegi dan balik London kayuh basikal..!! Kuat macam orang besi.
Jawapan: Bukan orang yang besi tapi basikal yang besi.

Soalan: Bila akhirnya Ayah berjaya tamatkan kayuhan 24,000 km tu?
Jawapan: Pada hujung tahun 1969 setelah Ayah selesai ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Soalan: Lepas tu Ayah tak kayuh basikal lagi?
Jawapan: Tak. Ayah gantung basikal ‘togel’ tu kat bawah rumah.

Soalan: Kenapa basikal togel tu Ayah gantung?
Jawapan: Sebab lepas tu Ayah dapat masuk Tingkatan 6 dengan bantuan kerajaan dan tinggal di asrama Sekolah Menengah Dato’ Sri Amar Diraja.