March 23, 2017

AMAL JARIAH


AMAL JARIAH
DR MUZAHET MASRURI

Hampir 4 tahun menjadi pensyarah di Putra Business School (PBS), Malaysia. Hari ini dia bersara buat kali ketiga. Kali pertama bersara daripada perkhidmatan kerajaan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Kali kedua bersara daripada syarikat swasta, Pengarah Eksekutif di Puncak Niaga Sdn Bhd. dan kali ketiga dia bersara daripada Pensyarah Managerial Economics, di Putra Business School.

Pada tahap usia sekarang, dia mengambil keputusan untuk tidak bekerja lagi, walaupun dia mendapat tawaran menjadi pensyarah ekonomi daripada universiti lain di Malaysia.

AMAL JARIAH

Dia berfikir untuk membuat amal jariah. “Kedudukan kewanganku tidaklah seberapa untuk aku bersedekah kepada pihak-pihak yang memerlukan.” Dia mula berfikir. “Tetapi sedekah itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, seperti kebiasaan orang fikir!” dia mula mencari justifikasi. 

“Konsep sedekah itu adalah luas,” dia mula berfikir di luar kotak. “Sedikit ilmu yang aku perolehi daripada pengalaman menjadi pensyarah di PBS juga boleh aku jadikan sedekah! Asalkan ia diiringi dengan niat yang ikhlas dan tidak meminta ganjaran balas,” kata hatinya.

“Aku boleh berkongsi bahan-bahan syarahan yang aku gunakan bagi kursus MBA ketika menjadi pensyarah di PBS dahulu, secara percuma. Bukan sahaja bagi pelajar di PBS tetapi oleh pelajar di universiti-universiti lain di Malaysia yang menawarkan kursus Managerial Economics,” fikirnya.

“Bahan-bahan tersebut juga boleh menjadi rujukan Kursus Managerial Economics bagi pelajar-pelajar MBA di negara-negara lain di dunia!” dia menepuk meja di sebelah komputer di hadapannya, mengekpresi rasa puas.

“Laman Blog anak bongsuku, Azzadmuzahet.Com boleh aku jadikan platform untuk tujuan ini,” dia mula merencana.

“Anak bongsuku ini memang kreatif dan gemar berkongsi maklumat dengan orang lain melalui penulisan. Stail penulisannya baik, malah lebih baik daripada aku,” kata hatinyanya memuji. “Walaupun sibuk dengan profesionnya sebagai Pegawai Eksekutif di Bank Pembangunan Malaysia, tetapi dia masih ada masa untuk menulis dalam blognya,” bisiknya lagi.

Hasil kerja keras selama lebih kurang 3 bulan dan bulan-bulan berikutnya, dia akhirnya berjaya menerbitkan bahan-bahan rujukan bersiri bagi kursus MBA. Semua bahan rujukan tersebut boleh diakses dalam internet secara PERCUMA.

Siri tersebut adalah seperti berikut:




Siri Rujukan tersebut mandapat respons bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dari negara-negara lain, seperti United States, India, Germany, Kenya, Rwanda, Romania, United Kingdom, Nigeria, Australia dan Hong Kong.

Dia juga menulis rencana mengenai isu-isu ekonomi Malaysia semasa. “Azzad, ayah mahu supaya blog ini mengambil pendirian ‘neutral’. Tidak menyebelahi mana-mana pihak,” katanya. “OK Dad,” jawab Azzad.