February 22, 2017

BOLEHKAH KITA BANDINGKAN HARGA PETROL DI NEGARA LAIN DENGAN HANYA MENUKAR HARGANYA KEPADA RINGGIT MALAYSIA?


BOLEHKAH KITA BANDINGKAN HARGA PETROL DI NEGARA LAIN DENGAN HANYA MENUKAR HARGANYA KEPADA RINGGIT MALAYSIA?
DR MUZAHET MASRURI


Mungkin anda selalu melihat perbandingn mengenai harga petrol antara sebuah negara dengan negara-negara lain dengan cara menukar harga petrol negara berkenaan kepada mata wang sebuah negara yang dijadikan perbandingan (misalnya ringgit Malaysia). Contohnya adalah seperti rajah di atas.


Persoalannya, adakah kaedah itu wajar?

Pada mata kasar, perbandingan tersebut menjelaskan perbezaan harga petrol antara negara-negara berkenaan. Bagaimanapun, perbandingan tersebut adalah tidak wajar dan tidak mengikut kaedah yang lazim digunakan dalam analisis ekonomi. Ini kerana perbandingan antara negara perlu mengambil kira faktor-faktor, seperti perbezaan mata wang, struktur ekonomi, tahap pembangunan, pendapatan negara, inflasi, kos sara hidup dan faktor-fator lain yang berbeza antara negara-negara tersebut.


Apakah kaedah yang lazim digunakan?

Kaedah yang lazim digunakan dalam analisis ekonomi bagi membandingkan harga barangan dan perkhidmatan dengan negara lain adalah dengan menggunakan Index Purchasing Power Parity (PPP). PPP adalah suatu kaedah di mana kos/harga bagi sekumpulan barangan (a bundle of goods) yang hendak dibandingkan mestilah sama dengan negara-negara lain dan menukar nilainya kepada matawang utama dunia. Dalam erti kata lain, ia bermaksud kuantiti matawang yang diperlukan untuk membeli suatu unit barangan dan perkhidmatan adalah sama di negara-negara yang dibandingkan.


Apa bezanya Indeks PPP dengan Indeks Harga Pengguna?

Umumnya, PPP adalah indeks yang sama seperti Indeks Harga Pengguna (CPI) daripada segi konsep dan kaedah pengiraan. Cuma bezanya ialah CPI mengukur indeks perubahan harga dari semasa ke semasa. Sebaliknya, PPP mengukur indeks perbezaan paras harga antara negara-negara.

Bagaimana kaedah mengira Indeks PPP?

Artikel ini membuat perbandingan indeks harga petrol (RON95) di beberapa buah negara ASEAN dengan menggunakan kaedah PPP. Perbandingan adalah berasaskan kepada harga RON95 pada 1 Januari 2017. Kaedah pengiraan adalah diperincikan dalam Jadual 1 di bawah.





Ruang (1) adalah mata wang negara-negara yang dirujuk.

Ruang (2) adalah harga petrol RON 95 di negara berkenaan pada 1 Januari 2017 dalam matawang tempatan.


Ruang (3) adalah PPP di negara berkenaan dalam USD. Ia dikira dengan membahagikan harga pertrol di negara berkenaan dengan harga petrol di Amerika Syarikat (USD digunakan sebagai asas kadar tukaran mata wang kerana ia adalah mata wang utama dunia dalam perdagangan antarabangsa). Misalnya, PPP dalam USD bagi Singapura ialah 1.99/2.08 = 0.95. Maknanya, pengguna di Singapura membayar seliter petrol sebanyak SGD 0.95 berbanding dengan $1.00 di Amerika Syarikat.

Ruang (4) adalah kadar tukaran mata wang bagi setiap negara berbanding dengan USD. Misalnya, di Malaysia, pada Januari 2017, USD1.00 adalah bersamaan RM4.45.

Ruang (5) ialah berapa banyak wang USD diperlukan untuk membayar seliter petrol RON95. Misalnya, di Malaysia jumlah wang USD yang diperlukan ialah dengan membahagikan harga petrol RON95 di Malaysia dengan kadar tukaran mata wang USD, iaitu, 2.30/4.45 = 0.52. Indeks ini menunjukkan harga seliter petrol RON 95 di Malaysia berbanding harganya di USA (USD2.08). Ruang yang sama juga menunjukkan indeks harga seliter petrol RON 95 dalam nilai USD di negara-negara lain di ASEAN berbanding harganya di USA.
  
Akhirnya, Ruang (6) adalah Indeks ‘Purchasing Power Parity’ (PPP), iaitu kadar harga dalam USD yang diperlukan untuk membeli seliter petrol RON95 di negara-negara ASEAN. Misalnya bagi Indonesia indeksnya ialah 0.61/2.08 = 0.29.


Rumusan keputusan analisis PPP 

Rumusan keputusan analisis PPP mengenai perbandingan harga petrol RON95 di ASEAN adalah seperti dalam Jadual 2.




Kesimpulan

Adalah tidak wajar membuat perbandingan harga petrol RON95 antara negara-negara ASEAN dengan hanya menukar harganya kepada nilai matawang ringgit. Kaedah yang lazim bagi membandingkan harga petrol RON95 seperti di atas ialah dengan menggunakan 'Indeks Purchasing Power Parity' (PPP).


Baca artikel berkaitan:
HARGA PETROL DI ASEAN – PERBANDINGAN EPAL DENGAN EPAL