April 19, 2017

Episod 5 Sampai Jumpa Lagi..!


Episod 5
Sampai Jumpa Lagi..!

Pada April 2009, berlaku rombakan Kabinet dan penstrukturan semula beberapa buah kementerian dan agensi Kerajaan. Sebahagian daripada fungsi KPKKW dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) telah disatukan menjadi sebuah kementerian yang baharu, dinamakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) manakala jabatan-jabatan lain diserapkan ke dalam kementerian lain yang sedia ada. 

“Datuk! Saya mangamalkan sikap terbuka. Kalau Datuk berminat untuk bekerja dengan saya sebagai KSU, saya tidak ada masalah!” kata Menteri yang akan menerajui Kementerian yang baharu.


Beberapa hari selepas itu, dia keluar dari pejabat dan melangkah tenang menuju ke kereta yang akan membawanya meninggalkan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Walaupun hanya setahun di KPKKW tetapi dia merasa bertuah kerana dalam tempoh sesingkat itu, dia sempat menimba terlalu banyak pengalaman yang amat berguna dan membawa seribu kenangan manis yang akan di simpan untuk kenangan peribadinya.