December 06, 2016

Episod 4: SILAP LANGKAH



Episod 4
SILAP LANGKAH
DR MUZAHET MASRURI

Seminggu selepas perbincangan dengan pegawainya mengenai kajian, dia mendapat arahan untuk menghadiri Mesyuarat EXCO yang hanya dianggotai oleh Pengarah-pengarah Eksekutif syarikat, bagi pembentangan kajian SRC.

Dia mengagak, pegawai tersebut telah menemui dan mendapat ‘endorsement’ bagi pembentangan laporan kajian daripada Boss yang lebih tinggi dengan membelakangkan Pengurus Besar Kanan, SRC. “Aku tidak terkejut dengan politik seperti ini kerana tektik ‘langkah-melangkah dan ‘cantas-mencantas’, berlaku di mana-mana. Apatah lagi di syarikat swasta!” bisik hatinya. 

“Pada pagi ini kita akan dengar pembentangan laporan kajian daripada SRC. Saya dimaklumkan, kajian ini mempunyai kelebihan kerana ia menggunakan kaedah analisa saintifik yang terkini, iaitu Multiple Regression Analysis,” kata Pengerusi Mesyuarat, lalu menjemput pegawai berkenaan untuk membentangkan laporan.

Semasa pembentangan, ahli-ahli mesyuarat kelihatan senyap dan memberi tumpuan. Kadangkala mereka berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar istilah-istilah yang tidak pernah didengar dan tidak diketahui maksudnya. Sesetengahnya pula menganggukkan kepala tanda setuju. Beberapa cadangan juga dikemukakan berasaskan penemuan-penemuan kajian. Pada keseluruhannya, laporan kajian mendapat respons yang baik daripada ahli-ahli mesyuarat. “Sebelum mesyuarat buat keputusan, kita jemput Datuk Dr. untuk memberi ulasan,” kata Pengerusi.

“Saya telah semak kajian ini. Saya dapati regression model yang digunakan tidak betul. Dependent variable (Y) yang hendak diukur tidak diletakkan di tempat yang sepatutunya manakala independent variables, X1, X2, X3 yang digunakan diragui perkaitannya dengan variable (Y) kerana semuanya mempunyai coefficient yang rendah,” jawabnya. Keadaan menjadi bising sebaik dia mengeluarkan kenyataan tersebut, manakala semua mata dalam bilik mesyuarat tertumpu ke arahnya dan menunggu apa komen selanjutnya.


“Mengenai regression statistics, atau 'correlation analysis', hanya R-square sahaja digunakan. Itupun nilainya adalah rendah. Manakala analysis of variance (ANOVA) yang lain, seperti P-value, t-statistics, F-test dan confidence intervals tidak digunakan dalam laporan ini, menyebabkan kesahihan model ini diragui!” jelasnya lagi. 


“Implikasinya ialah, kalau kaedah dan regression model yang digunakan salah maka analisisnya adalah salah. Kalau analisis salah, penemuan kajiannya adalah salah. Kalau penemuan kajian salah, cadangan yang dikemukakan juga salah,” katanya, mengemukakan ulasan.

“Saya harap pegawai berkenaan membuat rujukan dan memahami kaedah serta aplikasi REGRESSION ANALYSIS dalam kajian seumpama ini,” katanya membuat rumusan.

Keadaan dalam bilik mesyuarat sunyi. Dia memerhatikan kebanyakan ahli mesyuarat termenung, mendiamkan diri dan berpandangan antara satu sama lain. “Aku tak pasti, sama ada mereka diam kerana setuju atau diam kerana tidak tahu apa yang dibincangkan,” bisik hatinya.

Sedang dia berfikir, dia terasa tangannya dicuit oleh Datuk Yunus yang duduk di sebelahnya dan berbisik. “Wah Datuk! Doktor Ekonomi cakap, tak ada seorang pun yang berani respon. Saya mengaku, saya memang tak tahu. Kalau orang tipu, saya sendiri pun tak tahu yang saya dah kena tipu!” kata Datuk Yunus, mencuit lagi tangannya, dan membetulkan tempat duduknya semula.

Bowling Persahabatan dengan MEDIA
Berdiri No. 4 dari kiri: Dato' Yunus, Pengurus Media, Muzahet, Tan Bee Lian
Dia membalas cuitan Dato’ Yunus dan berbisik, “Saya musykil, siapa yang meluluskan laporan ini untuk dibentang di Mesyuarat Exco! Dan kenapa orang yang meluluskan itu tidak bercakap, hanya mendiamkan diri dan hanya menikus?” katanya.

Pengerusi mesyuarat meminta pandangan balas daripada ahli-ahli mesyuarat tetapi tidak ada seorang pun yang mahu bercakap. “Kalau tak ada apa-apa pandangan, kita tangguhkan keputusan mengenai kajian SRC ini,” kata pengerusi.

Tipulah orang yang pandai..!

Sebaik ditangguhkan, dia meningglkan bilik mesyuarat dan berjalan menuju ke lif tingkat 10 untuk turun ke pejabatnya di tingkat 6. Sebaik pintu lif terbuka, dia dikerjar oleh pegawainya dan masuk bersama ke dalam lif. “Datuk! Kenapa cakap macam tu? Saya malu!” kata pegawainya dengan menunjukkan muka yang marah. Dia tersenyum sambil menekan butang lif. “Saya dah kata, analisis dan penulisan laporan itu perlu dipinda sebelum dibentangkan di Mesyuarat Exco. Tetapi you guna tektik ‘langkah’ saya dan minta Boss untuk dapatkan ‘endorsement’. Tetapi, you tak sedar. You sebenarnya dah silap langkah!” jawabnya

Saya juga malu dengan ahli-ahli mesyuarat Exco sebab mereka mungkin fikir saya tipu mereka!” kata pegwai itu lagi dengan menunjukkan muka yang marah. “Lain kali, kalau nak tipu, jangan tipu orang yang tak pandai! Kalau you benar-benar profesional, you tipulah orang yang pandai!” jawabnya dengan tenang, lalu melangkah keluar apabila pintu lif terbuka dan berjalan menuju ke pejabatnya.