February 12, 2018

Mengenai kami: Azzadmuzahet.com

Penulis: Azzad Muzahet

Saya Azzad dan Muzahet ayah saya. Kami berdua mengendalikan blog azzadmuzahet.com untuk berkongsi pandangan dan sedikit pengetahuan yang kami ada, dengan harapan menarik perhatian pembaca supaya lebih meminati bidang ekonomi. Terus terang, saya memang tidak minat subjek ekonomi, semasa di U dulu ekonomi adalah subjek yang paling tidak saya gemari tetapi terpaksa ambil untuk lulus dalam pengajian ijazah. Mikro dan Makro: dengarnya yang satu kecil dan yang satu lagi pastinya besar, "kecik besar kecik besar je aku tengok"

Suatu hari, ketika melihat ayah tidak banyak yang hendak dibuatnya kerana beliau telah bersara, saya terfikir sesuatu. Ia mengambil sedikit masa, tetapi saya berjaya memujuk beliau supaya menulis dalam blog ini bagi mengisi masa lapang dan apa subjek yang lebih sesuai untuk dimuatkan, seperti yang anda duga, iaitu “ekonomi”. 

Anda boleh baca kisah-kisah persaraan beliau seperti di bawah:

Pengalaman Kerja
Why I Became a Government Servant?
After 33 Years Serving the Government
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Puncak Niaga Sdn Bhd
PUTRA Business School (PBS)
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNHEP)
Socioeconomic Research Unit (SERU)
Dewan Bahasa dan Pustaka



Sebelum bersara sepenuhnya, Ayah juga seorang pensyarah ekonomi bagi pengajian ijazah lanjutan dan saya pujuk beliau supaya semua bahan syarahan dan pengalaman beliau dikongsi sebagai satu cara untuk menyumbang kepada masyarakat. Dalam blog ini, anda boleh rujuk Nota Kuliah dan Soalan Peperiksaan berserta Skema Jawapan subjek Ekonomi bagi kursus MBA. Dokumen-dokumen tersebut boleh dimuat-turun secara percuma daripada pautan berikut:



Kami tinggal di Putrajaya sejak ia dibuka. Pada hujung minggu atau bila-bila masa terluang, saya selalunya berkunjung ke rumah Ayah dan sambil minum kopi, secara berseloroh saya akan bertanya "apa yang berlaku di dunia hari ini, Ayah?". Dia seorang ahli ekonomi berpengalaman yang telah bersara sekarang tetapi cara dia berfikir menjurus kepada sudut pandangan ahli ekonomi. Peranan saya adalah memberi input daripada perspektif orang biasa. Apa yang orang biasa, iaitu seseorang yang tidak begitu berminat dalam bidang ekonomi, mahu tahu mengenai ekonomi di sekeliling mereka. Kami sering berbincang dalam apa yang saya suka rujuk sebagai "perbincangan intelektual" dan Ayah selalu beritahu saya, "mungkin orang lain di luar sana pun bertanya soalan yang sama". Dia berkata, "kenapa kita tidak tulis sesuatu mengenai perkara ini? Mungkin ia berguna bagi orang seperti kamu dan generasi akan datang”.

Kami terima hakikat bahawa tidak banyak yang boleh kami lakukan untuk membantu ekonomi Malaysia, tetapi tidak dinafikan bahawa kita boleh mengingatkan rakyat mengenai kedudukan ekonomi dan isu-isu semasa di negara kita. Saya mula minat bidang ekonomi sekarang. Selain selesa berinteraksi dengan Ayah, ia telah membuka mata saya cara berfikir dalam perspektif yang baru. Belajar bagaimana sesuatu berfungsi dan bagaimana interaksi timbal-balas antara kelok permintaan dan penawaran mempengaruhi kehidupan harian kita, memang sesuatu yang menduga minda. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti anda juga akan meminati bidang ekonomi.


Kita ingin melihat Malaysia terus maju dan mencapai hasrat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, bukan sahaja di kalangan negara-negara Asia, bahkan setanding dengan pelaku-pelaku global yang lain.

Terima kasih kepada anda yang menyokong usaha kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk terus membincangkan tajuk-tajuk baru dari semasa ke semasa. Semoga minat dalam bidang ekonomi sentiasa bersama anda.

Salam hormat dari Putrajaya.