ZIARAH KOTA SUCI MADINAH
DR MUZAHET MASRURI
Bagi umat Islam, Madinah adalah kota suci kedua selepas Mekah. Kedua-dua kota ini membentuk sebahagaian daripada 13 wilayah di bawah naungan kerajaan Arab Saudi. Kota Madinah dahulunya bernama Yathrib tetapi setelah RasululLah s.a.w, berhijrah ke kota ini, ia ditukar namanya kepada Madinah al-Munawarah (kota yang bercahaya)
Muka bumi Madinah adalah padang pasir, dikelilingi tanah tinggi dan bukit-bukit berbatu. Terletak di bahagian barat-laut Arab Saudi, jarak Madinah dan Mekkah di bahagian selatan adalah lebih kurang 450 km dan perjalanan melalui jalan darat mengambil masa antara 4-6 jam, bergantung kepada keadaan kenderaan lalu-lintas.
Cuaca di Madinah adalah cerah sepanjang tahun. Tempoh musim panas panjang, berbahang dan kering manakala musim sejuk tempohnya pendek, selesa, kering dan berangin. Suhu sepanjang tahun adalah antara 18°C hingga 43°C dan suhu paling sejuk adalah dalam bulan Disember–Februari. Pada Banci Tahun 2010, penduduk Madinah dianggar berjumlah 1.8 juta orang.
Muka bumi Madinah adalah padang pasir, dikelilingi tanah tinggi dan bukit-bukit berbatu. Terletak di bahagian barat-laut Arab Saudi, jarak Madinah dan Mekkah di bahagian selatan adalah lebih kurang 450 km dan perjalanan melalui jalan darat mengambil masa antara 4-6 jam, bergantung kepada keadaan kenderaan lalu-lintas.
Pemandangan padang pasir lebuh raya Madinah - Mekah |
Mengapa Madinah kota suci kedua selepas Mekah?
Ia adalah kota suci kedua kerana ibadah Haji dan Umrah tidak dilakukan di Madinah. Semua rukun Haji dan Umrah wajib dilakukan di tanah suci Mekah.
Madinah adalah tempat untuk menziarah kesan-kesan sejarah Islam yang begitu banyak selepas berlakunya penghijrahan RasululLah s.a.w, dari Mekah ke Madinah. Walaupun ziarah Madinah tidak wajib, tetapi tidak lengkap sekiranya kehadiran jemaah ke Tanah Suci Mekah, sama ada menunaikan Haji dan Umrah tidak menziarahi kota Madinah yang penuh bersejarah dan sangat bermakna bagi umat Islam.
Di mana tumpuan ziarah di Madinah?
Masjid Nabawi
Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibina oleh RasululLah s.a.w, dalam misi hijrah dari Mekah ke Madinah. Diriwayatkan, tapak masjid ini adalah tempat di mana unta tunggangan Nabi s.a.w menghentikan perjalanannya ketika tiba di Madinah. Diriwayatkan juga, lokasi itu adalah tempat jemuran buah kurma milik anak yatim dua bersaudara Sahl dan Suhail bin ‘Amr, yang dibeli oleh Nabi s.a.w untuk membangunkan masjid dan tempat kediaman beliau.
Perkarangan Masjid Nabawi - payung dibuka di waktu siang hari sebagai tambahan ruang solat. Foto 26/12/2017 |
Masjid Nabawi sangat signifikan bagi umat Islam atas beberapa faktor. Antaranya, (i) di sinilah disemadikan makam RasululLah s.a.w, bersama dua orang sahabat karibnya, iaitu Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Sayidina Umar al-Khattab.
Bab al-Salam: Pintu masuk ke Makam Nabi s.w.a dan Raudhah. Foto 28/12/2017 |
(ii) Ganjaran yang tinggi dijanjikan bagi umat Islam yang menunaikan solat di Masjid Nabawi. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa RasululLah s.a.w, bersabda: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram”. [Riwayat Muslim (1394)] - Sumber JAKIM.
(iii) Keistimewaan Masjid Nabawi juga adalah kerana terdapatnya ruang Raudhah yang saiznya berukuran lebih kurang 22 X 15 meter, di lokasi antara mimbar dengan makam RasululLah s.a.w, Ruang ini adalah tempat RasululLah s.a.w, dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda.
Daripada Abu Hurairah r.a. RasululLah s.a.w, bersabda, “Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga dan mimbarku terletak di atas kolamku”. Keistimewaan Raudhah menjadi tumpuan ribuan jemaah pada satu-satu masa untuk beramal dan berdoa di ruang yang kecil tersebut.

Masjid Quba
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh RasululLah s.a.w sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.
Masjid Quba, Madinah. Foto 28/12/2017 |
Jabal Uhud
Jabbal Uhud adalah sebuah bukit yang letaknya kira-kira 5 km dari kota Madinah. Di bukit inilah pernah berlaku Perang Uhud akibat sengketa balas dendam orang-orang Quraisy Mekah yang kalah dalam perang Badr.
Tentera Quraisy diketuai oleh Khalid bin Walid (sebelum beliau memeluk Islam), dengan kekuatan 3,000 orang tentera dan 200 pasukan berkuda. Sebaliknya, tentera Islam hanya berjumlah 700 orang.
Tentera Islam dapat mengalahkan pasukan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar. Dalam pertempuran tersebut 70 orang tentera Islam, termasuk Sayidina Hamzah Abdul Muttalib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w gugur sebagai syuhada. Semua mereka dikebumikan di Makam Syuhada di kaki Bukit Uhud.
Kurma Madinah
Walaupun dikelilingi tanah tinggi dan bukit-bukit berbatu, Madinah mempunyai beberapa kawasan lembah dan tanah yang subur untuk pertanian. Sistem pengepaman sumber air bawah tanah secara mekanikal dan moden telah lama digunakan bagi membekalkan air untuk keperluan minuman dan saliran ke kawasan pertanian.
Madinah terkenal dengan pengeluaran buah kurma yang diproses untuk eksport. Terdapat 139 jenis kurma yang ditanam di kawasan ini, termasuk ‘ajwa’ (kurma Nabi) yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah.
Bagi jemaah yang ingin menziarah Madinah, jangan lupa membeli kurma segar (fresh dates), seperti gambar di bawah untuk dibawa pulang ke Malaysia..! Rasanya sangat istimewa – rangup, lembut dan manis..!
Tetapi, memandangkan tempoh jemaah berada di Madinah/Mekah adalah lama, anda perlu mengguna teknik tertentu supaya keadaan buah-buah kurma tersebut kekal segar (fresh) untuk dimakan bersama keluarga sekembali ke Malaysia. Kalau tidak, ia akan menjadi lembik seperti bubur.
(Tips: selepas dibeli, kurma tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti sejuk selama tempoh berada di Madinah/Mekah. Semasa penerbangan pulang, minta pramugari masukkan dalam peti sejuk di kapalterbang. Sampai rumah, hidang di hadapan keluarga…! Selamat mencuba…!!!)
Ladang unta
Kalau bercakap pasal padang pasir, kita pasti teringat unta. Pada zaman RasululLah s.a.w, unta merupakan kenderaan dan pengangkutan paling penting, khususnya bagi penduduk yang tinggal di gurun atau padang pasir. Susu dan dagingnya menjadi makanan dan minuman. Bulu dan kulitnya menjadi pakaian dan khemah pengembala unta.
Suatu yang istimewa yang ada pada unta ialah sifat semulajadinya yang sabar, tahan lasak, tahan lapar, dahaga, penat dan gigih dalam menghadapi apa juga keadaan dan kesulitan.
Pada masa sekarang, unta diternak lebih bagi tujuan komersial. Ladang-ladang penternakan unta berhampiran Mekah dan Madinah sering dimanfaatkan oleh orang-orang Badwi sebagai daya tarikan kepada jemaah haji untuk berkunjung ke kawasan penternakan mereka. Lazimnya, orang-orang Arab Badwi mengupah pekerja Sudan untuk bekerja di ladang mereka.
Antara lokasi yang banyak terdapat ternakan unta ialah di Wadi Al-Jinn atau Wadi Al Baidah yang jauhnya kira-kira 30 km dari Madinah.
Ziarah Wada’
Hari terakhir ketika akan meninggalkan kota suci Madinah dan melakukan ziarah wada’, manusia terlalu ramai dan peluang untuk memasuki semula Raudhah dan Makam RasululLah s.a.w dalam Masjid Nabawi adalah terlalu tipis.
Ketika berdiri menghadap pintu masuk, Bab al- Salam, mengalir air mata tatkala meluahkan rasa syukur kepada yang Allah s.w.t. atas nikmat dan peluang yang diberi serta rasa sayu meninggalkan bumi barakah Madinah.
Hanya secebis doa yang mampu diluahkan: “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakanlah aku ziarah untuk kesekalian kalinya dalam keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan. Jika aku mampu, Insya Allah aku akan datang lagi…”
Jabbal Uhud adalah sebuah bukit yang letaknya kira-kira 5 km dari kota Madinah. Di bukit inilah pernah berlaku Perang Uhud akibat sengketa balas dendam orang-orang Quraisy Mekah yang kalah dalam perang Badr.
Jabal Uhud. Foto 30/12/2017 |
Tentera Islam dapat mengalahkan pasukan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar. Dalam pertempuran tersebut 70 orang tentera Islam, termasuk Sayidina Hamzah Abdul Muttalib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w gugur sebagai syuhada. Semua mereka dikebumikan di Makam Syuhada di kaki Bukit Uhud.
Walaupun dikelilingi tanah tinggi dan bukit-bukit berbatu, Madinah mempunyai beberapa kawasan lembah dan tanah yang subur untuk pertanian. Sistem pengepaman sumber air bawah tanah secara mekanikal dan moden telah lama digunakan bagi membekalkan air untuk keperluan minuman dan saliran ke kawasan pertanian.
Salah sebuah ladang kurma di Madinah |
Bagi jemaah yang ingin menziarah Madinah, jangan lupa membeli kurma segar (fresh dates), seperti gambar di bawah untuk dibawa pulang ke Malaysia..! Rasanya sangat istimewa – rangup, lembut dan manis..!
Kurma segar (fresh dates) |
(Tips: selepas dibeli, kurma tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti sejuk selama tempoh berada di Madinah/Mekah. Semasa penerbangan pulang, minta pramugari masukkan dalam peti sejuk di kapalterbang. Sampai rumah, hidang di hadapan keluarga…! Selamat mencuba…!!!)
Ladang unta
Kalau bercakap pasal padang pasir, kita pasti teringat unta. Pada zaman RasululLah s.a.w, unta merupakan kenderaan dan pengangkutan paling penting, khususnya bagi penduduk yang tinggal di gurun atau padang pasir. Susu dan dagingnya menjadi makanan dan minuman. Bulu dan kulitnya menjadi pakaian dan khemah pengembala unta.
Suatu yang istimewa yang ada pada unta ialah sifat semulajadinya yang sabar, tahan lasak, tahan lapar, dahaga, penat dan gigih dalam menghadapi apa juga keadaan dan kesulitan.
Salah sebuah ladang unta di Madinah |
Rumah pengembala unta |
Ziarah Wada’
Hari terakhir ketika akan meninggalkan kota suci Madinah dan melakukan ziarah wada’, manusia terlalu ramai dan peluang untuk memasuki semula Raudhah dan Makam RasululLah s.a.w dalam Masjid Nabawi adalah terlalu tipis.
Ketika berdiri menghadap pintu masuk, Bab al- Salam, mengalir air mata tatkala meluahkan rasa syukur kepada yang Allah s.w.t. atas nikmat dan peluang yang diberi serta rasa sayu meninggalkan bumi barakah Madinah.
Bab al-Salam: Peluang untuk memasuki semula Raudhah dan Makam RasululLah s.a.w dalam Masjid Nabawi terlalu tipis. Foto 28/12/2017 |
Wassalam.