July 27, 2016

Sambutan Hari Pahlawan Julung Kali Di Putrajaya

https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=44785779
Sambutan Hari Pahlawan diadakan setiap tahun pada 31 Julai sempena memperingati jasa perajurit yang gugur dalam  mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air. Tahun ini buat julung kalinya Sambutan Hari Pahlawan akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, Putrajaya.
Gambar Hiasan via Airtimes.my
Raptai penuh akan berlangsung pada 29 Julai 2016 (Jumaat) dua das tembakan dan hari sebenar pada 31 Julai 2016 (Ahad) 21 das tembakan. Sesi tembakan meriam akan dikendali sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Taman Putra Perdana.

Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif pada 31 Julai 2016 (Ahad) bagi mengelakkan kesesakan di kawasan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau juga dikenali sebagai Bulatan Putrajaya.

Raptai Penuh
1. Tarikh : 29 Julai 2016 (Jumaat)
2. Masa : 0830
3. Tapak Meriam : Berhampiran Hotel Shangri La
4. Tembakan : 2 das tembakan

Hari Sebenar
1. Tarikh : 31 Julai 2016 (Ahad).
2. Masa : 0830.
3. Tapak Meriam : Berhampiran Hotel Shangri La.
4. Tembakan : 21 das tembakan.

Sumber: Perbadanan Putrajaya, Myputrajayanews & Wikipedia