29 Julai 2016
Sejak online shopping semakin menjadi trend dikalangan pengguna untuk mendapatkan barang-barang dari seluruh pelusuk Malaysia dan juga luar negara, pejabat pos laju semakin sibuk dan padat dengan pengunjung keluar masuk. Kos adalah faktor utama pengguna memilih untuk membeli barangan mereka secara atas talian. Jika hendak dibandingkan dengan kos memandu ke destinasi untuk membeli barang idaman kalbu, pos laju hanya mengenakan caj kecil untuk menghantar parcel terus ke pintu rumah.

Waktu Urusniaga Pos Laju Putrajaya |
Bagi mereka yang terlepas penghantaran pos laju, slip penghantaran akan ditinggalkan di hadapan rumah dan penerima boleh call pihak pos laju untuk menghantar semula pada hari lain. Bagi yang bekerja dan cuma ada masa pada hujung minggu option lain adalah mengambil sendiri parcel di pejabat pos laju yang tertera di slip.
Pejabat Pos Laju di Perbadanan Putrajaya |
Pusat Pos Laju bagi kawasan Putrajaya terletak di Bangunan Perbadanan Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman, Presint 3. Pejabat Pos Laju ini dibuka pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga pukul 2 petang kecuali pada Sabtu minggu pertama setiap bulan dan juga cuti umum.
Kaunter Pos Laju Putrajaya |
Pusat Pos Laju Putrajaya sememangnya sibuk pada hari Sabtu kerana dibanjiri oleh golongan bekerja yang tiada masa untuk berkunjung pada hari biasa. Bagi tidak beratur panjang dan tunggu lama untuk sampai giliran anda seeloknya datang awal pagi sebab kebanyakkan orang keluar rumah pada waktu tengah hari pada hujung minggu. Parking dikawasan ini agak terhad dan mostly orang parking di tepi jalan, tapi jangan sampai menghalang lalu lintas.
Terbaru Pos Laju semakin maju, kini dah ade drive-thru dekat Bandar Baru Bangi. Neh mesti kes ramai yang dok order baju online. Bangi dah macam fashion central, boutique baju dan tudung instant tumbuh bak cendawan selepas hujan. Bila agaknya pos laju drive-thru nak buka di Putrajaya pula.? Rasa-rasanya perlu ke.?