May 01, 2017

TINDAKAN PENGUATKUASA PERBADANAN PUTRAJAYA HARUS DIPUJI, ISU TROLI BERSEPAH DI PRESINT 16 SELESAI


TINDAKAN PENGUATKUASA PERBADANAN PUTRAJAYA HARUS DIPUJI
ISU TROLI BERSEPAH DI PRESINT 16 SELESAI
AZZAD MUZAHET

Saya bersimpati dengan penduduk di Presint 16, Putrajaya terutama mereka yang tinggal berhampiran dengan Pusat Membeli-belah Alamanda mengenai masalah yang dihadapi berikutan kebanjiran pekerja-pekerja asing di kawasan ini. Antara isu yang menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk di kawasan ini ialah tindakan pekerja asing yang membawa keluar troli dari Alamanda dan meninggalkannya di merata tempat di Presint 16, terutamanya di perumahan Town House. 
Pekerja asing membawa troli keluar dari Alamanda ke kediaman Presint 16 Putrajaya tanpa takut dan segan silu
Sesetangah mereka membawa keluar troli di waktu malam ke kediaman Presint 16 Putrajaya

Akibat perbuatan yang tidak bertanggung jawab

Beginilah keadaan yang mencacatkan pemandangan di kediaman Presint 16 Putrajaya

Lagi pemandangan yang menyakitkan mata di kediaman Presint 16 Putrajaya
Saya menemui Datuk Dr. Muzahet Masruri, Pengerusi Persatuan Penduduk Super Link Presint 16 mengenai perkara ini, dan ini kata beliau. “Kami telah membuat aduan kepada Perbadanan Putrajaya supaya mengambil tindakan untuk membersihkan dan melupuskan troli yang diletakkan di merata tempat di Presint 16. Pihak Penguatkuasa Perbadanan telah mengambil tindakan sebaik menerima aduan.”

(kiri) Datuk Dr Muzahet (kanan) Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya turun padang
'Operasi Bersih' Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya
Semua troli Aeon Big disita dan disimpan di Depoh Penguatkuasa PPj, Presint 9 Putrajaya. Troli hanya boleh dituntut dengan bayaran kompoun.
Menurut beliau lagi, “kami juga telah menemui dan berbincang dengan pihak pengurusan Aeon Big Alamanda supaya membantu mengatasi masalah ini.” Mengenai cadangan untuk mengatasinya, beliau menegaskan, “Aeon Big perlu ada mekanisme melarang troli daripada di bawa keluar dari premis. Selain itu, pihak pengurusan Alamanda perlu memberi notis kepada syarikat-syarikat yang menyewa premis perniagaan  di Alamanda untuk memberitahu pekerja-pekerja mereka supaya mematuhi peraturan mengenai larangan tersebut.”

Staf AEON Big Putrajaya juga turun padang
Apa kesudahan kisah troli bersepah di Presint 16?

“Kami mengucapkan terima kasih dan memuji tindakan segera Bahagian Penguatkuasa, Perbadanan Putrajaya dalam menyelesaikan masalah troli yang ditinggalkan di merata tempat di sekitar Presint 16 oleh pekerja asing serta mereka yang tidak bertanggung jawab,” kata Pengerusi PPSL16.

“Kami menganggap perkara ini selesai, kecuali kes-kes tertentu yang dilakukan oleh mereka yang masih berdegil,” katanya lagi.


Baca artikel berkaitan:
Putrajaya Dibanjiri Pekerja Asing