MASJID PUTRA
Destinasi Utama Pelancong ke Putrajaya
MUZAHET MASRURI
MUZAHET MASRURI
Berdiri megah di atas tasik buatan manusia, Masjid Putra di Putrajaya adalah sebuah binaan yang sangat indah dan menarik. Kedudukan masjid ini yang sebahagian besarnya dikelilingi tasik dan panorama yang berkonsepkan ‘Bandar Dalam Taman’ di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, menjadikan Masjid Putra sebuah mercu tanda yang unik di dunia.
CIRI SENI BINA ISLAM PARSI
Pembinaan masjid ini siap pada tahun 1999 di keluasan tanah 1.37 hektar. Rekabentuk bangunan Masjid Putra ini banyak menampilkan ciri-ciri seni bina Islam di zaman empayar Parsi di Iran.
Kubah dan Dewan Solat membentuk bahagian utama masjid ini yang dibina bercirikan struktur binaan di Wilayah Isfahan, Iran yang termasyhur dalam bidang seni bina Islam Parsi.
Dewan Solat Utama boleh memuatkan 8,000 jemaah. Selain itu, Laman Terbuka di sebelah kiri dan kanan bangunan boleh menampung tambahan 5,000 jemaah manakala Dewan Solat Wanita di aras satu yang boleh menampung seramai 2,000 jemaah wanita.
Dewan Solat Utama direka bentuk bercirikan struktur binaan di Wilayah Isfahan, Iran yang termasyhur dalam bidang seni bina Islam Parsi |
KUBAH: Rekabentuk bahgian atas (kiri) dan Seni bina bahagian bawah (kanan) |
Dewan Solat Wanita di aras satu yang boleh menampung seramai 2,000 jemaah wanita. |
Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi kegunaan dalamam. Antaranya, Auditorium dengan kapasiti 350 orang dan dibuka untuk sewaan dengan kadar RM245.00 sejam atau RM1,950.00 sehari, Bilik Kuliah yang boleh menempatkan 80 orang, Dewan Makan bagi memuatkan sehingga 250 orang dan Perpustakaan yang mempunyai koleksi 10,193 buku.
MASJID PUTRA MENGGAMIT PELANCONG
Semasa pembinaannya, tidak ramai yang terfikir bahawa Masjid Putra akan menjadi destinasi utama pelancong ke Putrajaya.
Berfugsi sebagai sebuah institusi masjid yang mendekatkan hubungan antara manusia dan Penciptanya, kini Masjid Putra menjadi destinasi utama tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Putrajaya.
Saban hari, seawal 8.30 pagi, kereta dan deretan bas-bas pelancong mula memasuki perkarangan Dataran Putra membawa pelancong dari luar negara untuk menyaksikan sendiri Masjid Putra yang namanya sering disebut dalam internet.
Deretan bas pelancong mula memasuki perkarangan Dataran Putra seawal 8.30 pagi, setiap hari |
Sekiranya anda berada di perkarangan masjid ketika itu, anda pasti akan menyaksikan keceriaan pelancong-pelancong merasai pengalaman baharu ketika memakai jubah warna merah hati yang menjadi warna tema masjid ini. Peluang mengambil photo dengan berjubah bersama rakan-rakan pasti tidak akan dilepaskan kerana itulah pengalaman unik yang akan menjadi kenangan untuk dibawa pulang.
Keceriaan pelancong ketika memakai jubah warna merah hati yang menjadi warna tema masjid ini |
Beraksi ketika mengambil gambar untuk kenangan |
Ruang khas dalam Dewan Solat Utama untuk pelancong menyaksikan keindahan struktur dan seni bina Masjid Putra |
APA KATA PELANCONG MENGENAI MASJID PUTRA?
Saya berkesempatan menemubual seorang pelancong bangsa Inggeris yang berkunjung ke Masjid Putra.
Soalan: Hello! Where are you from?
Jawapan: I am from Beijing, China
What is your name?
Jawapan: Allan
Soalan Have you been to Putrajaya before?
Jawapan: No, this is my first visit.
Soalan: Why do you choose Putra Mosque on your schedule to Putrajaya?
Jawapan: Oh, I am taking my students from International School in Beijing to visit Kuala Lumpur and we find that Putra Mosque is interesting to visit and we put in our schedule.
Soalan: How do you know about Putra Mosque?
Jawapan: We checked in the internet.
Soalan: How do you find the mosque and the surroundings?
Jawapan: Fantastic! I like the structure of the mosque. This area is beautiful and clean.
Soalan: Any other places in Putrajaya you would like to visit after this?
Jawapan: Not at the moment. We'll go back to KL
KECERIAAN BERSAMBUNG DI WAKTU MALAM
Keceriaan suasana di sekitar Masjid Putra tidak terhenti ketika hari menghampiri senja apabila pelancong luar negara mula meninggalkan kawasan ini. Di sebelah malam, Masjid Putra pula dikunjungi pelawat yang kebanyakannya datang dari luar Putrajaya. Mereka datang bersama keluarga beriadah di Dataran Putra sambil menikmati keindahan masjid yang dihiasi dengan percikan cahaya warna-warni yang menghiasi bangunan dan kawasan sekitar di waktu malam.
Pengunjung bersantai di sebelah malam di Dataran Putra |
PERSEKITARAN DI LUAR MASJID PUTRA
Bagi anda yang berkunjung, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meninjau persekitaran di luar Masjid Putra.
Kompleks Pejabat Perdana Menteri. Kompleks ini terletak bersebelahan dengan Masjid Putra di mana Dataran Putra adalah bersambung dengan Dataran Perdana.
Pemandangan Kompleks Pejabat Perdana Menteri dari Dataran Putra |
Cruise Tasik Putrajaya. Bagi anda yang berminat, anda boleh mencuba sendiri pengalaman menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang letaknya bersebelahan dengan bangunan Masjid Putra.
Untuk ke situ, anda perlu turun menaiki ‘escalator’ ke tingkat bawah dan Cruise Tasik adalah di sebelah kiri anda.
Kaunter Tiket Cruise Tasik, Putrajaya |
Anda boleh pilih 'cruise' yang anda suka |
'Food Court'. Sekiranya anda dahaga atau lapar, anda boleh singgah ke ‘food court’ yang terletak di tingkat bawah antara Cruise Tasik dan bangunan Masjid Putra. Jamulah selera anda di situ!
'Food Court' terletak di tingkat bawah |
Bazar Cenderahati di tingkat bawah |
Bagi anda yang pernah berkunjung ke Masjid Putra dan berkesempatan meneroka kemudahan serta panorama di sekitarnya, pasti banyak kenangan yang anda bawa pulang.
Bagi yang belum berpeluang berkunjung, “Selamat Berkunjung Ke Masjid Putra”
Bagi yang belum berpeluang berkunjung, “Selamat Berkunjung Ke Masjid Putra”
To Read in English Click Here