March 14, 2017

Episod 4: Dihujani E-mail

Episod 4
Dihujani E-mail
DR MUZAHET MASRURI

Di rumah selepas makan malam bersama isteri, dia membuka komputer dan menyemak kalau-kalau ada pesanan melalui e-mail. Dia terkejut apabila mendapati terlalu banyak e-mail yang dihantar oleh bekas pegawai dan kakitangan EPU.

Dia menggeleng kepala, menginsafi betapa mereka benar-benar merasai kehilangannya. Mereka meluahkan cebisan rasa dengan pelbagai ekspresi.

Berikut, sebahagian daripada luahan hati mereka yang dihantar melalui e-mail, bertarikh 6 November 2009.