July 14, 2018

PUTRAJAYA: POS LAJU SUDAH TIDAK LAJU

14 Julai 2018

PUTRAJAYA:
POS LAJU SUDAH TIDAK LAJU
DR MUZAHET MASRURI


Kalau anda mengirim surat kepada rakan-rakan atau saudara mara yang tinggal di Putrajaya, anda tidak boleh menjangka surat yang anda hantar itu akan sampai 3 atau 4 hari selepas anda kirim melalui Pos Malaysia, sama ada Pos Laju atau Mel Biasa. Ia akan sampai, paling awal 3 minggu selepas itu..!

Anda mungkin tidak percaya dan fikir mustahil perkara ini berlaku di Bandar Bestari Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pesekutuan yang dianggap moden dan sangat efisien. Tetapi itulah realiti yang sedang dihadapi oleh penduduk yang menghuni di Putrajaya sekarang ini.

Surat-surat yang diterima lewat bukan sahaja surat persendirian tetapi segala macam surat-surat lain, termasuk surat berdaftar, surat perniagaan berupa kiriman notis, penyata, bil, bank statements, surat-surat kad keahlian seperti Real Rewards, kad Sogo, Bonus Link dan penghantaran bil oleh syarikat telekomunikasi.

Isu surat diedar lewat melebihi 3 minggu oleh Pos Malaysia bermula sejak Januari 2018 dan keadaannya semakin bertambah buruk sekarang.

Longgokan surat-surat yang diterima penduduk setiap 3 minggu sekali di premis perumahan Putrajaya
Warga Putrajaya keciwa perkhidmatan buruk Pos Malaysia

Cetusan rasa keciwa penduduk mengenai perkhidmatan buruk Pos Malaysia di Putrajaya direkod di bawah ini, melalui komunikasi salah satu ‘whatsapp group’ warga Putrajaya.

Whatsapp, 7 Jun 2018

Azudin: I have a suspicion that the postman is not delivering letters as they should be...they kumpulkan and maybe deliver once a week. They still place the letters on the windscreen exposed to the elements. I cannot fight them. I will try and ensure that I don't need mails to be delivered to my house like bank statements and the likes. I received my bills for May, yesterday whereas some of the due dates was end of May and early June.

Hj Mohd Kasim: Saya pun begitu juga. Semalam saya terima satu ikatan surat2 dan bills, dua dari bills tersebut sudah over due dan saya kena bayar denda. Apa yang telah berlaku dengan pentadbiran Pos Malaysia sekarang ni?

Azudin. Makan gaji haram saja. Depa kumpul Surat htr seminggu sekali. Dah bagi motor pun malas lagi. Di England postman still walks and delivers the mail in the morning...

Hj Mohd Kasim. Let's stop the postman and ask him why?

Normala Dawar. Looking forward for the answer.

Azudin: No point...he might throw all your letters in the lake

Hj Mohd Kasim: Kita tanya dengan cara yang baik la....... Bukan cari gaduh?

Mahera: Samalah, saya dapat 10 keping surat semalam. Dalam letter box. Sbbnya tak de satu kereta kat porch

Hj Mohd Kasim: Postman simpan surat2 ni kut....

Azudin: This is serious...very very serious...if they can do this to such an affluent society like us... imagine Surat Surat Di kampung?

Dr Chang Peng Kee: Tuan-tuan, Hal sedemikian pernah (dan masih) berlaku pada saya dan keluarga. Saya juga pernah mengadu dalam group ini. TQ

Normala Dawar: Everyone have to go digital now :

Muzahet: Mengenai isu surat, Persatuan Penduduk telah berusaha sedaya mungkin utk mengatasi msalah ini mengikut bidang kuasa yg ada. Aduan & cadangan mengatasinya telah dikemukakan kepada Pos Malaysia Putrajaya, Pos Malaysia Bangi dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Semalam saya terima salinan surat dari PPj kpd Pejabat Pengurus, Pos Malaysia Negeri Selangor mengenai perkara ini, dan pihak PPj telah mengarahkan Pos Malaysia hantar & masuk surat dlm peti pos. Tapi setakat ini tidak ada tindakan penambahbaikan. 


Perbadanan Putrajaya telah mengarahkan Pos Malaysia menghantar dan memasukkan surat ke dalam peti pos yang disediakan. Tapi tidak ada tindakan penambahbaikan.

Whatsapp, 26 Jun 2018

Amran: Dah lama tak terima surat. Hari ini banyak surat, ada bertarikh 8 Jun 2018.

Azudin: Pelik Postal delivery kita? Kutipan sampah is more regular.

Waka: Bills and wedding invi dah terlajak. Saya tadi tengah hari terima surat tarikh 25 may 2018. Email 1 sec, surat sebulan.

Sahar: CEO & Chairman kena tukar ni...

Muzahet: Arahan Perbadanan Putrajaya kepada Pos Malaysia supaya posmen hantar & masuk surat dlm peti pos yg disediakan pon tidak diambil endah..!! Apa jenis Pos Malaysia nie..???

Surat-surat diletakkan merata tempat

Masalah yang dihadapi warga Putrajaya bukan setakat surat diterima lewat. Tetapi, surat-surat yang diedar ke rumah-rumah diletakkan merata tempat, ikut sesuka hati posmen yang menghantarnya, seperti atas boot kereta, handle kereta, wind screen, grill dll. Sedangkan setiap premis kediaman di Putrajaya mempunyai peti surat masing-masing. Seringkali surat-surat tersebut diterbangkan angin, basah kena hujan dan tidak sampai kepada penerima.

Surat-surat diletakkan merata tempat, ikut sesuka hati posmen yang menghantarnya. Seringkali surat-surat tersebut diterbangkan angin, basah kena hujan dan tidak sampai kepada penerima.

Tindakan Pos Malaysia tidak ethikal

Tindakan Pos Malaysia mengedar surat lewat lebih 3 minggu dan meletakkan surat di merata tempat di premis kediaman penduduk Putrajaya adalah tidak ethikal. Ini kerana:

(i) surat-surat tersebut adalah dokumen penting penduduk

(ii) pengirim surat membayar perkhidmatan Pos Malaysia bagi surat-surat yang dihantar sedangkan surat-surat tersebut tidak disampaikan kepada penerima.

(iii) Penduduk Putrajaya tidak dimaklumkan sebelum tindakan dibuat oleh Pos Malaysia.

Kesimpulan

Masalah yang dihadapi warga Putrajaya berkaitan surat-surat lewat diterima lebih 3 minggu, surat-surat diletakkan merata tempat, diterbangkan angin, basah kena hujan dan tidak sampai kepada penerima telahpun berlarutan lebih 6 bulan. Masalah yang berpunca daripada Pos Malaysia ini adalah memalukan dan tidak ethikal.

Bersempena dengan ‘100 Hari Malaysia Baharu’, warga Putrajaya berharap kementerian bertanggung jawab yang baharu dibentuk akan mengambil tindakan yang sewajarnya.