March 22, 2017

1. SELEPAS DUA KALI BERSARA


SELEPAS DUA KALI BERSARA
DR MUZAHET MASRURI

Dia berkira-kira apa yang harus dibuatnya selepas dua kali bersara. Pada tahap usia sekarang, dia tidak berfikir untuk bekerja lagi. Sumber hidupnya daripada bersara dengan sektor awam dan swasta sudah cukup untuk menampung hidup bersama seorang isteri dalam gaya hidup yang sederhana.

“Datuk! Dah pencen, tak bekerja, jadi macam sayalah, jaga cucu!” kata salah seorang rakannya yang sudah setahun bersara. Dia hanya tersenyum.

Ketika termenung menghadap komputer di atas meja di rumah, dia mencapai telefon bimbit yang baharu dibelinya, ada gambar apple di belakangnya. ”Dulu, masa bekerja, aku dapat telefon free, pejabat yang bagi. Bil-bilnya pun pejabat yang bayar. Sekarang, aku kena beli telefon sendiri dan bilnya pun aku kena bayar sendiri!” dia berbisik dan tersenyum sendirian.

Dia terfikir untuk menulis sebuah buku mengenai kisah hidupya, “Tapi, kalau buku itu mengenai tokoh, macam Perdana Menteri tak apalah, orang akan baca. Tapi, kalau buku itu mengenai aku! Siapa nak baca?” tanya hatinya.

“Aku ada sedikit ilmu dan pengalaman bekerja di pejabat kerajaan dan swasta. Ilmu itu, walaupun sedikit tetapi ia mungkin boleh dimanfaatkan kalau ia dikongsi dengan orang lain."

"Tetapi dengan siapa? Dan macam mana?” itu yang menjadi persoalannya.


Bersambung ...